Teman-teman

Friday, January 20, 2012

Aku Seorang Penakut

Sekali lagi aku bertugas malam. Sebelum memasuki jambatan Pulau Pinang hujan turun dengan lebatnya. Terasa malas pula untuk memakai baju hujan. Bukan apa terlalu bahaya meredah jambatan dalam keadaan angin kuat. Silap haribulan angin pasti menolak motorku ketengah. kereta pula pasti meluncur dengan lajunya. lebih baik aku menunggu sehingga hujan reda seketika. Jam di tangan menunjukkan 1145 malam. Ketika berada di tengah jambatan aku dapat merasai bahawa tiada setitik hujan yang turun. Subhanallah...itulah kekuasaan Allah sedang di sebelah pulau hujan turun dengan begitu lebatnya. Siapalah kita untuk tidak mahu mengsyukuri akan nikmat tuhan.

Aku terus memasuki laluan ketempat kerja. Jam sudah menunjukkan 1220 malam. Bila tiba di kawasan belukar terdengar seperti benda keluar dari belukar merempuh ranting-ranting pokok.
" Bedebuk.... ". Jatuh bergolek di hadapanku. Terkejut betul aku dengan benda yang jatuh. Takut pun ada. Kalau setakat menunjukkan dirinya seperti selalu yang aku lihat itu sudah tidak menjadi hal. Ia tidak mengganggu manusia sebab itu memang tempatnya. Tapi ini merupakan gangguan. kalau aku terus menunggu sudah pasti kejadian lain akan terjadi.

Aku terus memecut laju motosikal meninggalkan belukar. Ditempat ini juga aku pernah bertemu dengan gadis berambut panjang. Yang menghairankan aku ialah kenapa dalam semua rakan-rakan aku yang bertugas hanya aku seorang yang kerap bertemu dengan makhluk ini. Sudahlah suka menyekat orang. Aku pula merupakan seorang yang penakut.......Harap tak berjumpa lagi

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Alamak! membaca pun boleh membuatkan bulu tengkuk meremang!

cucu atok said...

ptt cucu pun pnakut, rupanya mewarisi sifat atoknya

Ariff Budiman said...

Kakcik seroja....Belum lagi bertemu ya

Ariff Budiman said...

cucu atok...Ya ka cucu ni penakut. ish tak pecaya

Unknown said...

Alamak, cerita seram rupanye... dahlah tgh mlm ni :(

Ariff Budiman said...

MaryaYusof...Ayo sudah gelap ka sana. Sini terang benderang. Matahari memanahi badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...