" Nah lepas solat isyak nanti abang nak tidur. Tak tahu kenapa letih sangat malam ini ". Aku berkata kepada isteri.
" Tak apalah. Abang tidurlah dahulu. Nah nak potong kain tudung ni dulu ". Isteriku berkata. Akhirnya dengan cepat sekali aku terlelap.
Bila aku membuka mataku, aku dan isteriku berada di sebuah kampung. kami singgah di sebuah surau yang lama untuk bersolat. kelihatan begitu ramai jemaah sedang mengambil wuduk. Muadzin sedang mengalunkan azan. Sedap sungguh suaranya membelah suasana tenang di kampung. Bila waktu untuk solat tiba, jemaah tercari-cari siapa yang layak untuk menjadi imam. Akhirnya mereka menjemput aku walaupun sudah beberapa kali aku menolaknya.
Bila aku berada di depan, tiba-tiba muncul arwah adikku Hermantika yang pernah aku ceritakan dulu. Ceritanya di sini. Aku pun mula membaca surah Ad Dhuha. Bila sampai ke ayat yang ke-6, aku menyebut,
" Alam yajid kayati mam fa a wa ". Tiba-tiba adikku menegur.
" Salah abang sebut tu. Alam yajid kayati Man ( kengung ) fa a wa ". Terdiam aku seketika. Gelabah pun sama memandangkan begitu ramai jemaah berada di belakang. Akhirnya aku ulang kembali ayat yang di tegur oleh adikku.
" Ha...baru betul abang sebut ". kata adikku. Aku terus menghabiskan surah tersebut.
" Ha...semua abang sebut betul ". Kata arwah adikku
Selepas aku memberi salam adik terus menghilang. Tidak sempat aku berjumpa dengannya. Bila aku membuka mata isteriku sudah tersenyum.
" Abang mimpi baca surah Ad Dhuha ka ". Laa takkan sampai boleh dengar suara aku.
" Pasai apa abang terdiam bila abang baca Alam Yajid Kayati Mam Fa a wa ". Tanya isteriku. Terus aku ceritakan kepada isteriku tentang mimpiku bertemu arwah adikku dan dia mengur bacaanku. Terdiam isteriku tanpa komen. Setelah aku hayati akan maknanya ayat yang ke-6 yang bermaksud,
" Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yang yatim, lalu dia melindungimu ". Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa maksudnya yang tersembunyi akan mimpiku. Adakah Allah hendak memberitahuku sesuatu perkara akan terjadi terhadap keluargaku. Wallahualllam
6 comments:
Salam Ariff,
Tak tahu nak komen apa.
Alhamdulillah dapat bersua dgn arwah adik..
marina Monroe...Ni kira dak komen ler. alhamdulillah walapupun berjumpa hanya seketika
Salam En Ariff,
Sy tak pandai mentafsir mimpi, tp bile kite bermimpi dgn org yg telah tiada rs terlepas rindu dendamkan? Semoga roh mereka tenang di sana...
MaryaYusof...Amin...Amin Ya Allah
bukan calang2 org blh mimpi mcm atok tu..tu tanda atok sy baik dn dlm lindunganNya slalu. cyg atok sy
cucu atok...Hish ramai yg bermimpi macam tu. Mungkin mainan tidur dan perasaan
Post a Comment