Teman-teman
Sunday, October 21, 2012
Al-Fatihah
Aku menerima panggilan talipon dari anak saudara mengatakan yang ibuku sedang kritikal. Bergegas aku dari tempat kerja. Bila aku diberitahu yang keadaan ibuku kembali normal. Setelah berada agak lama di hospital dan keadaan ibuku nampak normal, aku dan isteri pulang kerumah untuk menukar uniformku. Ketika sedang berehat sekali lagi anak saudaraku talipon mengatakan ibuku kritikal kembali.
Bergegas kembali kami kesana. Tekanan darah ibuku jatuh terlalu rendah. Aku dekatkan mulutku ke telinga ibu lalu mentalkin,
" La ila haillallah ".Kaum keluarga yang lain membaca surah yasin. Bacaan digital pada mesin menunjukkan penurunan tekanan darah. Entah berapa kali aku talkin di telinga ibu. Aku tidak mahu makhluk lain yang mengambil kesempatan mengganggu disaat akhir ibu.
Tiba- tiba di mesin menunjukkan bacaan mendatar. Tiada lagi bacaan. Datang doktor memeriksa ibuku dan diberitahu ibuku sudah tiada.Ibuku akan dibawa kebilik mayat untuk tujuan pembersihan. Kami mengambil kata sepakat agar ibu kami terus dimandi dan dikafankan oleh pihak hospital. Sebelum ke bilik mayat kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada jururawat yang menjaga ibu selama 2 bulan lebih.
Ibuku ditolak masuk kebilk mandi. Kakak, adik serta isteriku tidak melepaskan peluang memandikan jenazah ibu. Setelah siap mereka memanggil aku. Mengalir airmataku
" Subhanallah....manisnya senyuman emak ". Kataku pada isteriku. Kami mengalir airmata setelah melihat akan senyuman ibu. Ibu meninggal dalam keadaan tenang ketika aku mentalkinkan di telinga dan kaum keluarga yang lain membacakan yasin. Selepas zohor ini ibu akan disemadikan buat selama- lamanya. Semoga Allah terima amal ibu dan Allah tempatkannya bersama para solihin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Amin...
Takziah, Tuan.
Al-Fatihah...
Salam takziah..
takziah en ariff dan keluarga atas pemergian bonda yang tersayang.. semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat...al-fatihah..
salam takziah....alfatihah
Salam Ariff,
Alfatihah, takziah utk ahli keluarga
alfatihah dan salam takziah untuk saudara sekeluarga
Al-Fatihah dan takziah....
Al-Fatihah....takziah to en Arif sekeluarga...moga rohnya ditempatkan di kalangan insan solehah...Ameen....
Salam takziah utk pak diman sekeluarga. muga ruh bonda pak diman ditempatkan di kalangan org org yg soleh.
Salam takziah....sabarlah hati...
takziah bang budiman dan keluarga al fatihah
Takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh..
As salam En Arif,
Takziah sekali lagi... Ibu En Arif sgt beruntung kerana dikurniakan anak2 yg baik2 dan dikelilingi oleh yg tersayang di saat akhirnya... Al-Fatihah... Ameen ya Rab...
Salam semua. Terima kasih kepada semua yang mengucapkan takziah. Amat terharu sekali. Semoga allah berkati keluarga tuan/puan semua
Post a Comment