Teman-teman

Monday, October 22, 2012

Allah Telah Permudahkan

Setelah ibuku berada di hospital selama 2 bulan setengah. Kami anak cucu membahagikan waktu supaya ibu dapat dijaga dengan rapi. Sempat juga aku menalipon bisanku sewaktu berada di Mekah. Aku meminta agar bisanku berdoa di tempat yang mustajab doanya agar Allah permudahkan ibu. Alhamdulillah selang sehari selepas itu ibuku di jemput allah buat selama-lamanya. Kami sekeluarga sepakat memudahkan ibu dengan meminta agar pihak hospital memandikan dan mengkafankan mayat. Aku terus menalipon pihak kariah masjid memberitahu akan kematian ibu dan meminta jasa baik mereka menyelesaikan masalah pengkebumian. Alhamdulillah mereka mengenaliku dan itu memudahkan lagi tugasku. Tak payah aku berlari untuk mencari pegawai masjid. Alhamdulillah jam 3,.30 pagi jenazah ibuku telah di bawa pulang kerumah.

Jenazah berada di dalam liang lahad. Foto ihsan anak saudaraku
Ramai kaum keluarga, sahabat handai serta jiran tetangga datang menziarahi ibuku. Jam 12.30 tengahari jenazah ibu di beri penghormatan terakhir oleh kaum keluarga. Kami memberi kucupan terakhir kepada ibu sebagai tanda perpisahan. Sebelum dimasukkan kedalam kereta jenazah, abangku mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir. katanya ibu merupakan seorang insan mulia. Pernah ibu berkata kepada kami, " Kemuliaanmu adalah melalui pendidikkan ".

Benar kata-kata abangku. Ibu banyak mendidik kami tentang mempercepatkan solat. jangan diabaikan solat. Kelak Allah akan mengabaikan doa yang kita minta. Sehingga di penghujung usianya ibu tidak pernah lupa akan solat walaupun sakit. Kalau ibu lupa pun ia akan berkata yang dia belum solat lagi padahal sudah selesai. kami membiarkan saja ibu solat sekali lagi.

Di semadikan bersebelahan ayahku
Selepas solat zohor ibuku dibawa masuk kewasan perkuburan islam. Aku terpaku seketika. Rupanya Allah mendengar isihatiku. Aku berhajat agar ibuku disemadikan bersebelahan ayah tapi aku tidak mahu mengganggu urusan pengkebumian. Dimana saja adalah sama. Tapi Allah mengetahui apa yang tersirat dihatiku. Rakanku yang merupakan seorang penggali kubur menggali liang sebelah ayahku. Subhanallah. terima kasih Ya Allah. Sewaktu aku bertemu rakanku, dia berkata
" Mulanya aku ingat nak letak sebelah bini hang. Tapi bila fikir-fikirkan balik biarlah disimpan sebelah ayah hang ". Aku mengucapkan terima kasih kerana memudahkan urusan kami.

Ciuman terakhir seorang ibu
Selepas selesai semuanya abangku membacakan doa. Kami tidak mengadakan talkin sebab ia bukan dari sunnah nabi namun kami tidak menghalang mereka yang ingin berbuat demikian. Sebenarnya talkin hanyalah untuk orang yang datang ke pusara. Iman yang akan menjawab soalan dari malaikat Munkar dan Nankir. Alhamdulillah dalam masa yang singkat selesai akhirnya pengkebumian ibuku. Malamnya kami berkumpul adik beradik lalu membuat doa selamat. Kami tidak pernah menetapkan malam keberapa tahlil harus dibuat. 

Dari Abu Hurairah r.a. Berkata rasulullah saw yang bermaksud, " Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali 3 perkara, Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya ". ( Hadis riwayat Muslim ".

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulilla selesai semuanya. Muga ruh arwah ibu pak diman bersama org yg soleh dan muga keluarga pak diman diberi ketabahan dan kesabaran di atas kehilangan ini.

Unknown said...

As salam En Arif,

Alhamdullillah, segalanya dipermudahkan... Orang yang baik2 ramai yg telah meningalkan kita kan En Arif... :'(

Mrs.Izi said...

Alfatihah&takziah untuk abg ariff sekeluarga.Alhamdulillah segalanya di permudahkan.semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.ameen

radziah AR said...

Al-Fatihah
takziah en. arif. semoga beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...