Teman-teman

Wednesday, October 31, 2012

Nasib Baik

Alhamdulillah. Selesai semua perkara-perkara yang berlaku dalam keluargaku. Jadi aku boleh fokuskan kembali tentang masalah seterusnya. Selepas ibuku disemadikan, pada malamnya kami sekeluarga membuat doa selamat untuk kaum keluarga yang telah pergi terlebih dahulu. Ketika menjamu selera entah tiba-tiba anak saudaraku yang merupakan seorang doktor berkata terdapat kesalahan pada kad pengenalan si mati. Sepatutnya kad pengenalan yang tercatit ialah nombor ibuku. Tapi dalam sijil ini nombor kad pengenalan doktor yang di tulis. Biar betul. Kalau aku terus repot untuk dapatkan sijil kematian tanpa melihat sudah tentu doktor tersebut telah disahkan meninggal dunia. Kami semua sepakat agar dibawa kembali dan bertanya JPN memandangkan doktor yang mengurus ibuku selama 2 1/2 bulan amat baik budi bahasanya. Baru berumur 30 tahun. Pagi-pagi lagi aku dan isteri telah keluar ke JPN. Nasib baiklah JPN berdekatan dengan rumahku. Aku terus bertanya pegawai disitu tentang masalah yang terdapat pada sijil kematian. Kata pegawai tersebut dia akan bertanya kepada bossnya.

Aku dipanggil masuk untuk bertemu boss JPN. Terus dia menalipon JPN negeri dan JPN negeri mengarahkan agar pembetulan haruslah dibuat oleh pihak hospital. Kemudian dia menalipon hospital yang mengeluarkan sijil kematian.
" Ini macam mana ni. Siapa yang keluarkan sijil kematian. Kalau kami key in maklumat ini bermakna doktor tersebut akan di sahkan meninggal ". kata boss JPN negeri. Akhirnya aku diarahkan ke Jabatan Forensik yang mengeluarkan sijil kematian.
" Kalau JPN nak betulkan pun boleh. Saja nak buat kecoh ". Kata pegawai di Jabatan Forensik sambil membetulkan kembali nombor kad pengenalan si mati.

" Encik bawa ini ke JPN negeri untuk dapatkan sijil ". Kata pegawai tersebut. Keadaan cuaca begitu panas sekali. Terasa terlalu dahaga. Isteriku nampak akan keletihannya sebab dia memang tidak tahan dengan cuaca panas. Terus aku mengambil nombor. Sekejap saja nombor giliran aku dipanggil. Aku hulurkan maklumat yang telah dibetulkan.
" Cik..Pihak JPN tak boleh ka terus betulkan nombor kad pengenalan si mati ". Aku bertanya pegawai tersebut.
" Memang tak boleh. Salah di sisi undang-undang. Kami tak boleh senang-senang betulkan kesalahan yang dibuat oleh pihak lain walaupun nampak kecil saja. Ia harus di betulkan oleh pihak yang mengeluarkan sijil tersebut ". Aku setuju dengan pendapat dari pegawai JPN.

Akhirnya begitu singkat saja sijil kematian telah dapat dikeluarkan. Memang terasa begitu letih apatah lagi aku akan bertugas petang. Bila tiba dirumah aku bersiap-siap untuk masuk kerja petang.
" Aduh...letih la hari ni. Ingat nak ambil cuti la petang ". Kataku pada isteri.
" Sabarlah. Abang kan dah banyak ambil cuti ". Betul juga kata isteriku. Akhirnya aku tidak jadi mengambil cuti. Alhamdulillah semua kerja-kerjaku telah dapat diselesaikan.
" Nah nanti bila-bila kita makan angin ". Tiba-tiba aku bersuara kepada isteriku. Tersenyum isteriku.
" kemana bang ". Tanya isteriku
" Bandunggggg "..............

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Ariff.

Lamanya kakcik tak singgah ke sini sehinggakan kakcik terlepas tentang ibu Ariff.

Salam Takziah. Semoga roh Allahyarham tenang dan damai di sana. Al Fatihah.

pB said...

As salam ....



sib baik semuanya boleh dibetulkan dengan mudah dan cepat

Ariff Budiman said...

Kakcik Nur...Terima kasih banyak-banyak

Ariff Budiman said...

pB...Waalaikumussalam..Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...