Teman-teman

Saturday, October 06, 2012

Semoga Bahagia Anakku

" Kalau ayah nak menantu, ayah nak yang macam mana ". Tanya anak gadisku ketika keluar makan bersama.
" Ayah tak kisah. Asalkan kakak sudah suka dan pilihan kakak pula tidak pernah jauhkan diri dengan agama itu sudah cukup buat ayah ". Kataku pada anak gadis yang hanya mendiamkan diri sahaja. Seminggu selepas perjumpaan kami maka rombongan merisik datang sebagai adat. Ia di buat dirumahku. Sibuk juga isteriku menyediakan kelengkapan. Dialah sebagai pengganti ibu walaupun tidak sama seperti ibu yang asal tapi itu tidak bermakna yang majlis tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Aku hanya menjemput keluargaku serta kaum keluarga arwah Siti Aishah. Aku tidak pernah meminggirkan mereka. Itulah pesanan isteriku Siti Aishah sebelum ia menghembus nafas yang terakhir. Aku cuba memnedamkan perasaan sayuku. Entah kenapa dalam keriuhan tetamu datang tiba-tiba hati ini terus terbayang andaikata Siti Aishah ada bersama sudah tentu anak gadisku gembira. kami anak beranak terpaksa menyembunyikan perasaan kami. Hanya Allah saja yang mengetahui apa yang terdetik dalam hati kami.

Setelah semuanya berjalan lancar maka majlis pertunangan telah ditetapkan pada 28 Oktober ini. Majlis akan dibuat dirumah ibu mertuaku iaitu ibu kepada arwah Siti Aishah. Isteriku tidak membantah. Janji ianya berjalan lancar isteriku mengikut saja. Aku mendapat sms dari anak gadisku. Dalam sms dia mengatakan andaikata ibunya ada sudah tentu majlis bertambah gembira. Secara spontan saja airmataku mengalir dan ia disedari oleh isteriku.
" Pasai apa abang menangis ". Tanya isteriku dan aku hanya mampu menunjuk sms anak gadisku. Mengalir juga airmata isteriku membaca sms anak gadisku. Aku membalas sms kembali dengan memujuk agar terimanya dengan hati yang tenang sedangkan hati aku sendiri sayu bila mengenangkan kejayaan dan kebahgiaan kedua-dua anakku tidak dapat dinikmati olih arwah isteriku.

Kepada anakku Siti Zinnirah dan Hermawan. Teruskan perjuangan kalian. Doa ayah dan emak sentiasa mengiringi. Walaupun emak telah tiada, emak tetap berdoa dari akhirat. Kakak berhak bergembira. Sudah banyak pengorbanan kakak dan adik terhadap ayah. Kalian berdua memang anak yang baik. Ayah tak akan melupakan anak-anak ayah.

Kepada anakku Hermawan yang akan menjalani konvo pada 15 Oktober ayah doakan agar terus berjaya. ingatlah kejayaan ini datang dari Allah dan emak merupakan orang yang banyak membantu kearah kejayaan kakak dan adik. Siang malam emak tidak pernah lekang dengan doanya terhadap kakak dan adik. Di penghujung usia emak, emak tetap mendoakan kakak dan adik. Dalam terbatuk-batuk emak mendoakan agar kakak dan adik berjaya dalam kehidupan. Ayah hanya mampu mengelap darah yang mengalir dari mulut emak.

Ketika emak dimasukkan ke hospital emak masih lagi menalipon kakak dengan suara ceria padahal ketika itu emak amat kesakitan sekali menahan batuk berdarah. Emak tidak mahu mengganggu konsentrasi kakak yang sedang menghadapi peperiksaan akhir. Selepas selesai talipon emak menangis kerana rindu akan kakak. tapi itulah takdir. Emak terus koma dalam kerinduan. Ayah masih ingat sebelum emak koma emak berbisik pada ayah
'"Abang...Siti rindu dengan Zinnirah dan Hermawan. Siti doakan mereka berjaya. Kirim salam dekat depa '. kata-kata emak membuatkan ayah menangis. Ayah sudah dapat merasai yang emak akan berpisah dengann kita.

Kakak jangan risau. Kakak dan adik masih mempunyai ayah dan akan pastikan anak-anak ayah tidak diganggu. Biarlah mereka gembira di dunia. Di akhirat kelak mereka pasti menyesal. Kita teruskanlah kehidupan kita. Kita simpan kenangan bersama emak di dalam peti kaca yang indah. Sekali sekala kita bukanya kembali. Kepada kakak, ayah doakan agar kakak bahagia bersama pilihan kakak. Kita jadikan kenangan lalu sebagai senjata untukm kita terus mengorak langkah. Mari kita lihat kehadapan. Insyaallah suatu ketika nanti kita akan bersatu kembali.........

4 comments:

radziah AR said...

tahniah. bakal terima menantu tak lama lagi... semoga mereka kekal bahagia selamanya....amin...

Ariff Budiman said...

Radziah AR.......terima kasih

Mrs.Izi said...

tahniah abg ariff.bakal terima menantu lg.

Ariff Budiman said...

Mrs. Izi...terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...