Teman-teman

Thursday, October 11, 2012

Tak Mahu Tidur Malam

Aku tugas pagi. Jam 4 setelah habis bertugas aku bergegas pula ke hospital untuk ziarah ibuku. Walaupun aku amat letih demi untuk ibu aku terpaksa membuang kesemua perasaan letihku. Banyak pengorbanan ibu terhadap kami sebagai anak-anaknya. Apa salahnya aku korbankan sedikit keletihanku untuk menziarahi ibu yang sentiasa menanti kedatangan anak-anaknya. Aku memegang tangan ibu dan ibu memberi respon dengan membuka matanya.
" Mak...Budiman mai ziarah mak. Moga mak sihat cepat. Kita boleh pulang ya mak ". Aku melihat air mata ibu jatuh ke pipi. Aku mengambil tisu lalu mengelap air mata ibu. Air mataku pula yang jatuh. Sesungguhnya Allah sedang menguji ibu dan kami semua. Aku mengeluarkan buku Yasin lalu aku baca di hadapan ibu. Aku berdoa agar Allah ampunkan dosa-dosa ibu dan permudahkan ibu.

Menjelang maghrib aku pulang kerumahku. Bila sampai isteriku beritahu ada orang datang mencari memohon pertolongan. Anaknya sudah 2 hari tidak mahu tidur malam. Dia asyik berlari keluar bilik dengan gembira seperti ada yang mengejarnya. Waktu siangnya barulah dia tidur dengan nyenyaknya. Walaupun aku amat keletihan dan kepala yang sakit bagaikan hendak pecah, aku gagahi juga pergi kerumah tersebut. Terdengar suara anaknya berlari dan tertawa gembira. Aku di bawa masuk kedalam. Kelihatan anaknya sedang bermain dengan seorang budak. Mungkin bunian. Budak itu mengejar anaknya keluar dan masuk bilik. Takut mereka bila aku beritahu yang anak mereka sedang bermain dengan seorang budak. Aku membaca ayat suci lalu aku hembuskan dari jauh namun mereka tetap juga berlari.

Akhirnya aku meminta agar mencari orang yang pandai berubat. Akhirnya mereka berjumpa dengan seorang bomoh. Katanya dari Ipoh. Kata bomoh tersebut anaknya bermain dengan anak bunian. Sama tekaan macam aku. Akhirnya anak mereka tidak lagi kelihatan berlari waktu malam. Dia sudah boleh tidur seperti sebelumnya. Kalau lewat berubat kemungkinan anak wanita tersebut di bawa main di luar dan besar kemungkinan akan hilang terus di bawa ke alam lain. Aku bukanlah pandai sebab itulah aku tak boleh buat apa-apa. Hanya Allah sebagai penyelamat. Awasilah anak-anak kita....

1 comment:

Unknown said...

As salam En Arif,

Takziah atas pemergian bonda tersayang... W/pun tak mengenali En Arif sekeluarga di alam nyata namun saya tetap terasa kehilangan juga... Bila saya baca blog En Arif ni seolah2 saya masuk dlm hidup En Arif & seperti telah lama berkenalan... Al-Fatihah... Moga allayarhamah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman... Ameen... Semoga En Arif sekeluarga tabah menerima ketentuan dariNYA.. Smpkan salam buat isteri ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...