Teman-teman

Monday, February 11, 2013

From Taiping With Love

Bercerita lagi tentang kenduri perkahwinan di Taiping. Bersebelahan pintu pagar rumah abang ipar kelihatan pokok betik dengan bunganya yang begitu banyak. Mungkin orang lain tak kisah dengan bunga ini tapi aku yang tak senang duduk dibuatnya.
" Nah...abang geram la tengok bunga betik. Buat kerabu sedap ni ". Aku berkata kepada isteriku
Aku terus bertanya iparku boleh ka aku mengambil bunga betik untuk dibuat kerabu.
" Budiman nak ambil dengan pokok sekali pun tak apa ". Gurau abang iparku.


Selesai kenduri aku terus mengambil plastik lalu memetik bunga betik. Ramai yang melihat akan tingkah aku. Ada yang menyampuk kalau dibuat kerabu sedap. Aku up lagi sambil berkata kalau dimasukkan kerang atau perut lembu cukup enak rasanya. Apalagi maka ada yang teringin pula. Nasib baik aku dah ambil bunga.
" Budiman memang tak boleh tengok bunga betik ". Kata isteriku kepada keluarganya.
" Tu nanti balik dia suruh mak mertua buat kerabu la. Menantu kesayangan ". Usik isteriku diukuti ketawa oleh kalum kelurganya


Memang benar pun kata-kata isteriku. Bila tiba di rumah aku terus kerumah ibu mertuaku untuk bertanya.
" Bawa mai la bunga betik tu dengan kerisik ". Kata ibu mertuaku
Aku beritahu isteriku yang ibu mertua hendak buat kerabu.
" Abang minta resipi dekat emak abang. nanti Nah boleh buatkan ". Kata isteriku sebab dia belum pernah makan lagi kerabu bunga betik.


Aku kepasar membeli perut lembu. Asalnya aku nak masukkan kerang sahaja tetapi raya cina tak ada yang menjual kerang. terpaksa beli perut lembu. Aku beli kerisik dan hantar kepada ibu mertuaku.
" Mak boleh bagi tau cara-cara dan bahan dia sebab Rosnah kata nanti dia nak try buat sendiri ". Lembut saja bahasaku. Takut terhentak hati ibu mertuaku.
" Ala senang saja. Rosnah pun boleh buat ". Kata ibu mertuaku. Aku terus mengambil kertas dan pen dan berada di hadapan chef menanti cara-cara membuat kerabu.
" Bahan-bahan dia apa mak ". Aku bertanya. Ibu mertua pun bagitau ler satu persatu. Ini aku perturunkan ilmu. Aku tak kedekut ilmu dunia dan akhirat. He he

BAHAN-BAHAN
  • Bawang merah dan halia dihiris halus
  • Beras di goreng lalu di kisar halus
  • Buat sambal belacan
  • Kerisek
  • Perut lembu atau kerang  ( rebus dulu )
  • Bunga betik ( rebus dulu )
CARA-CARA
  • Gaul semua bahan-bahan yang di berikan
  • Masukkan sedikit gula dan garam
  • Dah boleh makan
  • Senangkan kan
  • Selamat mencuba ya

6 comments:

Nor Shamilah Ismail said...

Terima kasih resepi tu..terliog tgk kerabu tu

Ariff Budiman said...

Sama-sama Nor Shamilah. Dah boleh buat

radziah AR said...

sedapnya...mak En. Arif ada guna apa2 dak utk hilangkan pahit bunga betik. ada yg berkata guna daun senduduk, tapi tak pernah try...almaklum, tak pernah buat sendiri. dulu mak yg buat.

Shahrizat said...

terima kasih untuk resepi ini...memang terliur tengok kerabu ni. lepas ni boleh suba buat pula.

Ariff Budiman said...

Radziah AR......Kalau di rebus ia mungkin menghilangkan sedikit rasa pahit. Saya suka macam ini

Ariff Budiman said...

Shahrizat......Sama-sama. Moga di manfaatkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...