Teman-teman

Wednesday, August 06, 2014

Konsep Melayan Tetamu

Walaupun 1 Syawal telah berlalu namun rata-rata kita di Malaysia masih mengekalkan konsep ziarah menziarahi. Ini bukan bermakna sebulan kita berpuasa maka sebulan juga kita berhari raya. Mungkin ada sesetengah waktu kita begitu sibuk dengan pekerjaan dan kadang-kadang kita pula tidak sihat maka andaikata ada kekosongan waktu itulah kesempatan untuk menziarahi kaum keluarga di ambil. Aku tergolong dalam alasan ini.

Baru-baru ini aku dan isteri bertandang kerumah sanak saudara. Kami di sambut mesra oleh pasangan suami isteri. Aku bersalaman dengan tuan rumah
" Jemput makan ". Kata tuan rumah sambil mempersilakan kami ke dapur. Di atas meja terdapat biskut dan makanan lain. Si isteri sibuk membuat air minuman untuk kami sambil-sambil dia menjenguk kami berbual. Si suami mula menyibukkan dirinya. Di bukanya mesin basuh untuk di baiki. Aku melihat gelagat si suami. Dalam hati aku berkata...tak ada waktu lain ka nak baiki mesin basuh. Kalau aku..jika orang bertandang ke rumah aku, aku akan tinggalkan apa yang aku buat dan melayan tetamu.

Akhirnya aku dan isteri datang hanyalah untuk makan sahaja dan bukan untuk menziarahi dan bertanya khabar. Tinggallah si isteri melayan kami sambil kadang-kadang sibuk dengan cucu-cucunya. Aku cukup rimas dan tak suka kalau konsep melayan tetamu macam ini. Orang datang berkunjung kerumah bukan nak makan. Di rumah pun makanan sudah banyak. Dalam peti sejuk pun masih belum di keluarkan lagi.

Sebelum balik aku bersalaman dengan tuan rumah
" Minta maaf ya. Agak sibuk tadi ". Aku hanya tersenyum sumbing sambil dalam hati berkata bukan sibuk tapi sengaja menyibukkan diri. Mungkin tuan rumah itu sendiri tidak sedar akan tingkah lakunya. Kalau tahun lepas aku ziarah dia begitu sibuk melayan bos anaknya yang bertandang kerumah. Bila bersalaman ayat yang sama juga di keluarkan
" Minta maaf. Sibuk melayan tetamu ". Aku masih boleh menerimanya. Kalau ini aku cukup terasa dengan caranya. Tak boleh kah dia duduk walau sekejap berbual. Ini tidak. Bila kami sampai terus di suruh makan. Adakah kami datang hanya untuk makan. Jawapannya ialah tidak........Kepada pembaca yang mempunyai sikap begini sila ubah dengan segera. Hargailah tetamu yang datang sebab itu juga sebahagian dari akhlak islam.

4 comments:

Unknown said...

SETUJU.

Ariff Budiman said...

Terima kasih ujang Kutik

pB said...

betul apa yang Abg Ariff tulis ...

berkunjung untuk merapatkan silaratulrahim

Ariff Budiman said...

pB....Kebanyakkan orang telah lari daripada konsep sebnar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...