Teman-teman

Friday, August 15, 2014

Teringin Roti Jala

Selepas solat subuh isteriku bersuara yang dia teringin nak makan roti jala. Maklumlah baru baik dari demam.
" Best jugak. Durian pun ada lagi dalam peti sejuk. Boleh buat kuah durian ". Kataku kepada isteri
" Nah boleh buat tapi abang kena tolong lipat ". Kata pula isteriku
" Insyaallah. Boleh saja ". Kataku tersenyum sambil membayangkan roti jala bersama kuah durian kesukaanku.


Isteriku terus ke dapur membacuh tepung untuk membuat roti jala. Sekejap saja dia sudah memangil aku untuk melipat roti jala. Cantikkan pembaca semua roti jala yang telah di lipat oleh Mr Mama.


Akhirnya dengan lafaz Bismillah aku telah menghabiskan sebanyak 10 keping. Masyaallah. Sedap tak terkira. Boleh buat lagi.

2 comments:

Nor Azimah Ali said...

salute saya kat saudara AB ni, rajin tolong isteri di dapur

Ariff Budiman said...

Nor Zaimah...Tolong menolong membawa keberkatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...