Teman-teman

Tuesday, March 10, 2009

Bagaimana Nak Tahu kita Telah Di Sihir

Alhamdulillah aku telah menerima email dari seseorang. Dia bertanyakan bagaimana untuk mengetahui bahawa seseorang itu telah disihir. Mungkin dia telah membaca cerita-cerita yang telah aku kongsi dalam blog ini. Aku ni bukanlah pakar dalam ilmu ini. Aku tak berani nak jawab. Tetapi aku boleh cerita pengalaman yang terjadi kepada keluarga aku. Yang bertanya boleh baca di blog ini.

Santau merupakan sejenis sihir juga. Jangan pandang ringan bab santau ni. Orang yang terkena kalau dibiarkan berlarutan akan membawa maut. Yang aku tahu santau ada 2 jenis. Kalau tak betul tolong perbetulkan. Satu santau angin dan satu lagi santau tuju. Isteri aku dia kena santau tuju. Memang ditujukan khas untuk dia. Dicampur kedalam nasi. Ini mengikut kata seorang ustaz.

Kalau terkena santau dia akan mengalami batuk yang berlarutan diikuti dengan muntah darah. Badannya akan berbau. Malam kerap akan terkejut. Kadang-kadang ternampak seperti bayangan seseorang. Yang paling teruk ialah kukunya akan menampakkan kehitaman. Ini pengalaman yang terjadi dekat isteri aku. Inilah tanda-tanda yang aku dapat kesan dari isteri aku sehingga dia membawa maut

Cuma aku nak beritahu sedikit bab sihir ni. Jangan sekali-sekali terlalu percaya kepada seseorang. Selidiklah dulu akhlaknya. Kami tersilap sebab kami terlalu mempercayai kawan-kawan. Dalam hati kami ( aku & isteri ) tak kan kawan-kawan mempunyai niat yang tidak baik terhadap kami. Kami tafsirkan semua kawan-kawan kami amat baik sebab kami pun tidak berdendam dengan sesiapa walaupun dikutuk habis-habisan. Kami bersangka baik dengan mereka dan kami merasakan bahawa mereka juga begitu Jangan terlalu seronok dengan jawatan. Kadang-kadang ada orang merasakan jawatan itu akan melonjakkan dirinya dalam masyarakat. Jawatan itu akan menjadikannya kaya. Dia akan dipuji. Dia boleh control orang lain. Bila tak dapat dia akan berusaha menjatuhkan orang tersebut. Itulah sifat sesetengah orang melayu.

Rupanya kami tersilap tafsiran. Dalam diam ada yang berdendam dengan kami. Sudahlah diberi santau, dipuja patong agar yang terkena akan menderita. Isteri aku jiwanya amat lemah. Dia tidak ada sifat melawan kembali. Dia tidak pandai bermasam muka. Bila dah kena terus dia hilang semangat sehingga aku terpaksa bertungkus lumus memulihkan semangatnya kembali. Dengan keadaan badan yang lemah bermakna telah terbuka pintu dibadannya. Ini memudahkan berbagai-bagai jenis iblis masuk kedalam badan. Terpakas dibuang satu persatu. Akhirnya membuang masa kepada benda yang asal terjadi. Itulah sihir yang sekarang ini kita telah kembali di zaman jahiliah.

Amalkan ayat 10 dari surah Yasin. Iblis yang terkena ayat ini akan terpelanting. Aku dah cuba.Memang cukup berkesan tetapi perlukan keyakinan. Juga Al-Mathurat yang merupakan himpunan wirid-wirid Rasulullah. Bacalah setiap hari. Boleh didapati di pasar-pasar malam. Disamping kita membaca kita hafal maknanya. Itu lebih baik. Ini merupakan persediaan awal sebelum kita berjumpa orang yang lebih pakar dalam bidang ini. Semoga mendapat iktibar.

6 comments:

inamas said...

terima kasih kerana dpt berkongsi serba sedikit ttg sihir. teringat pulak kata2 org tua2 buat baik berpada2 buat jahat jgn skali..

alhan said...

ada ustaz memesan perbanyakkan membaca surah AnNas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas.
Surah Al-Falaq itu turunnya disebabkan rasululllah SAW terkena sihir. Disebabkan itulah kita disarankan sebelum tidur membaca 3 qul, bangun tidur juga membaca 3 qul.Moga ALLAH memelihara dan melindungi kita dari sihir ini.

Ariff Budiman said...

Terima kasih alhan. memang benar ayat 3 qul. Isteri saya ketika dibacakan surah al-ikhlas dia relek. Bila dibaca surah al falaq dan an nas mulalah bertindak aggresif serta takut.

jamal said...

aku sangat simpati dengan nasib yang tuan hadapi. Aku saja nak kompom dengan bloger bahawa kes yang aku hadapi ni ada tak unsur santau atau sihir.Dah 7 bulan aku menderita kepala rasa pusing macam mabuk laut nak kerja sangatlah seksa,badan letih lesu.kalau ketempat awam macam kenduri kahwin atau ke masjid dada macam nak pecah ,darah gemuruh.Doktor dah berbelas belas jumpa.hosp pakar dah pergi hospital kerajaan dah pergi namun semuanya ok.

homoepaty dah masuk 2 pakar.Rawatan tradisonal entah berapa. Akupanture pun dah buat.bomoh dah masuk 12.Macam itu juga.Tapi 5 bomoh terakhir menyatakan bukan orang lain,kawan sendiri.tapi masih macam itu juga. sesiapa boleh bagi pandangan.tq

honey said...

saya xtau la sbb sy bkn bomoh ..
tp lau dh smua pmriksaan dbuat mgkin bnr en. dh tkna sihir

jd sy leh bg no tel bomoh ni.
sbb kwn sy pnah berubat,skng dh ok
012-954 2970..cubalah..
hnya ini mpu sy tlg

Anonymous said...

Takdir hidup saya bergelumang dengan disihir orang..selama 16 thn dari tahun 2000 hingga sekarang 2016..lepas satu satu Allah bagi ujian & dugaan dengan ujian sihir..pelbagai jenis sihir saya pernah alami..Alhamdulillah sampai sekarang saya masih hidup..Jangan berputus asa dengan rahmat Allah..sentiasa berikhtiar utk mencari penawar..jangan berdendam & membalas dgn org yg menghantar sihir biar Allah sahaja yg membalasnya nanti..Terapkan akidah & semangat di dalam diri..Tiada apa yg dapat mengambil nyawa kita kecuali dengan izin Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...