Teman-teman

Friday, March 06, 2009

Kari Kepala Yang Menggemparkan

Sejak dari kecil lagi memang aku ni penggemar ikan semilang. Bila emak beli ikan semilang dari pasar, akulah orang yang paling gembira sekali. Siap booking orang lain jangan sentuh kepala. Tabiat ini aku bawa hingga ke alam rumahtangga. Arwah isteri aku pula tak suka ikan semilang. Jadi dia akan masak untuk aku. Memang sedap ikan semilang ni. Kalau dekat Penang tak kisah. Senang boleh dapat.

Aku telah ditukarkan ketempat kerjaku yang baru iaitu di Juru. Belakang tempat kerja aku ialah tempat mendaratnya para nelayan dan memunggah hasil tangkapan mereka. Ketam, ikan semilang, udang dan macam-macam lagi boleh didapati. Aku selalunya kalau kerja pagi akan singgah disatu warung yang jual kari ikan semilang. Memang ikan dia fresh. Selalunya dia akan ambil direct dari nelayan. Kadang-kadang akulah orang yang pertama membelinya. Wajah aku pun dah famous diwarung. Kalau time aku singgah ada hanya satu kari kepala ikan, orang kampong akan beri laluan dekat aku. Kata mereka aku menjaga tempat mereka supaya tak bergelap. Dah orang beri laluan aku bedal saja.

Entah dua tiga hari ikan semilang jarang ditemui. Bila aku singgah jawapannya tak ada. Tak ada rezeki rupanya. Hari ini aku tugas pagi. Aku melalui warung tetapi aku tidak singgah. Tiba-tiba penjual bertempik kearah aku, " Bang, kari ikan semilang ada". Apalagi sreet...... bunyi motor aku brek emergency bila mendengar kari kepala semilang. Orang kampong keluar tercengang-cengang menyangkakan ada kemalangan.

Bila mereka tahu cerita yang sebenarnya, mereka mentertawakan aku. Malu juga aku time tu. Macam mana la aku boleh brek emergency ni. Aku buat selamba saja. Makcik sorang tegur," En Ariff ni suka ikan semilang no". " Bukan suka saja. Saya tak boleh tengok ikan semilang. Kalau tak beli pun saya akan perhati saja ". Jawab aku. Tu dia powernya ikan semilang.

Tempat pendaratan hasil tangkapan laut di Kuala Semilang, Juru

10 comments:

alizarin said...

Rasa terliur bila baca kisah kari kepala ikan sembilang...tapi belum pernah rasa..

Ju-Dzahir_Amanda said...

memang sedap kari semilang ni.. part lain tu biasa ja.. tp part kepala ngan telur dia... boleh histeria kalau owg lain cedok dulu part tu dari mangkuk... adooiiii.. memang best... yummy yummy...

Ariff Budiman said...

Ali zarin.. Mai Penang saya belanja
Ju Dzahir.. Memang sapa pernah rasa memang terangkat

Anonymous said...

mak aii... mati selera aku nak makan gulai ikan hari ni. bila singgah gerai nak makan, teringat foto ikan semilang hang. dah macam UFO aje aku tengok. hi!hi!hi!

aku lately ni tak gemar makan ikan keli wal-sukusakat ikan semilang tu. entah pasai apa...kembang tekak aku la.

Ariff Budiman said...

Insan Marhaen.. Rugi kalau tak makan. Hang tak ada seni makan langsung

nadinezuharra said...

ntahlah..pernah ke tak ye saye makan ikan sembilang ni.. : )

tapi klau ikan keli mmg saye hantunye..mungkin dimasak kari saye kurang gemar..tp kalau digoreng berlada..mmg bertambah nasi 2 pinggan..hehe

*terbalik,sdr budiman suka kepala,saya pula suka isi di bhg ekor.. :D

bearcat said...

ikan patin tak ambik ka?

ka tak reti masak....ler...hehe.

Ariff Budiman said...

La sorry lupa nak bagi tau. Ikan patin 2 ekor dah clear kena bakar dan telah dimasukkan kedalam perut. Terima kasih sudi bagi. Insyaallah kalau balik Trengganu bagitau lagi.

hrusli61 said...

Selalu dapat kepala ikan keli kami sekeluarga panggil kepala keretapi.

Ikan semilang mahal sekilo RM12, keli sekilo RM5 sahaja.

Semilang di laut keli di sungai
Pergi memancing terkena badai
Mana satu sedap aku tak pandai
Kedua-duanya serupa saja aku bedai

Masak lomak cili api, sodap mak ooi !

Keris Silau said...

Kalau nak makan ikan semilang, mai ana belanja enta kat Jelutong Expressway kedai nasi campur Kak Ani...pasti terangkat! Bila off? Kita pi makan tengahari, lama tak sembang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...