Teman-teman

Sunday, July 19, 2009

Aku Bermimpi Rupanya

Badan aku amat keletihan setelah pulang bertugas di Parit Buntar. Selepas solat isyak aku dah tidur. Rasa mata ini tak dapat dibuka lagi. Aku bermimpi didatangi beberapa orang sahabat lalu memperkenalkan seorang wanita yang mirip Siti Aishah. Memang wajah, pakaian, tudung senyum dan kesemuanya saling tak tumpah seperti Siti Aishah. Aku begitu terkejut dan air mata membasahi pipiku. Terasa amat rindu sekali aku untuk memeluknya. Namun aku tahu yang berdiri didepan aku bukan Siti Aishah tetapi wanita lain yang menyerupainya. Mereka bertanya kepada aku samada aku ingin menjadikan wanita itu sebagai isteri nombor 2.

Aku terdiam memikirkannya. Isteriku Rosnah turut terdiam menanti keputusanku. Sahabatku memberi tempuh selama 2 hari untuk aku memikirnya. Cukup 2 hari mereka datang lagi bersama wanita ini. Melihat wajah wanita ini membuatkan hati aku begitu teruja sekali untuk memperisterikannya. Sayang untuk aku melepaskannya. Namun aku melihat wajah isteri baruku begitu sayu dan tenang menenti akan keputusanku. Akhirnya aku membuat pilihan hanya Rosnah sahaja yang aku mahu. Ternyata penolakkanku membuat wanita itu sayu. Begitu juga aku.

Aku menangis teresak- esak melihat pemergian wanita itu. Akhirnya aku dikejutkan isteriku Rosnah setelah melihat aku tidur sambil teresak - esak. Aku berastaghfar panjang lalu aku menceritakan segalanya kepada isteriku. Tertawa dia sambil berkata, " Abang ni masih dok ingat dekat Aishah lagi ni ". Aku bertanya kepadanya samada dia marah setelah mendengar ceritaku. katanya tidak sebab dia tahu bahawa Siti Aishah telah pun pergi. Kalau aku mimpikan wanita yang belum berkahwin dia akan marah juga.

Aku termenung seketika memikirkan mimpiku. Itu menandakan bahawa aku terlalu merindui akan Siti Aishah walaupun hampir 7 bulan dia meninggalkan aku. Kata isteriku, " Bang bukan senang nak hilangkan memori silam no ". Aku terus membisu seribu bahasa akan kata-kata ini. Semoga Isteriku sabar dengan tingkahku dan juga berdoa agar Allah memberi akan aku kekuatan untuk mengharungi bahtera yang berada bersamaku. Aku harus pandai memainkan emosiku. Akibat terlalu merinduinya yang menyebabkan hadirnya mimpi sebegini atau sebaliknya. Entah aku pun tak tahu..........

7 comments:

Tirana said...

memang rindu betul la tu sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi..semoga tabah menghadapi kerinduan yang mencengkam..hanya orang yang pernah mengalami saja yang tahu bagaimana rasanya...

Anonymous said...

Salam Bro.
Yang pergi tetap kembali kerana itulah keredzaan Nya. Yang belum pergi perlu bersyukur kerana masih diizin Nya mencari bekal sebelum kembali.

nadinezuharra said...

mmg betul,jika apa yang kita rindukan itu umpama sebahagian dari nyawa kita, sampai bila2 kita tak akan dapat melupakannya. Mungkin di hadapan insan baru kita perlu melindungi perasaan itu,supaya hatinya gembira dengan kehidupannya bersama kita..

Guru said...

yang dirindui mungkin inginkan pemberian dari tuan... kirim2kanlah doa dan sedekah untuknya

Maiyah said...

salam.. yelah betul kata klcitizen, dia perlukan sedekah tu.

zai said...

Sabarlah En. Diman..
Saya yakin arwah pn aisyah sedang berbahagia disana..

Mimpi tu kan satu mainan tidur..yang pergi tetap pergi yg pasti kita yg hidup harus teruskan jua kehidupan yg singkat ini dgn membawa bekalan sebanyak yg mungkin..mudah2an ALLAH akan mempertemukan semula dgn orang2 yg tersayang disana nanti...

Ariff Budiman said...

Tirana..memang rindu namun hidup perlu diteruskan

Zaidi..Terima kasih. Nasihat yang baik. Saya perlu bersyukur kerana masih ada pengganti.

Nadine..Saya perlu menjaga hati insan baru. Dalam masa yang sama saya juga tak suka simpan rahsia. Akan saya ceritakan padanya.

a kl citizen..Terima kasih cikgu. Setiap hari saya tak pernah lupa berdoa kepada arwah isteri dan juga kedua ibu bapa saya.

Maiyah..Betul dia perlukan sedekah. Saya selalu berpesan kepada kedua-dua anak saya agar sedekahlah ayat2 suci al quran kepada emak

Zai.. Memang betoi mimpi mainan tidur. Semoga Allah tempatkannya bersama orang yang diredhoi. Semoga kami dapat berjumpa di akhirat kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...