Teman-teman

Saturday, July 04, 2009

Aku Dah Kembali

Alhamdulillah aku dan rakan-rakan selamat kembali ke Penang pada 3 Julai jam 11.30 malam. Perjalanan selama 6 jam amat meletih dan menghiburkan. Sepanjang perjalanan rakanku Si Khor tidak kering gusi dengan celotehku. Sekurang-kurangnya dia tidak merasa mengantuk bila ada orang yang bersembang. Begitu juga dengan aku tatkala memandu Siti Aishah tidak pernah jemu bercakap denganku. Katanya takut nanti aku mengantuk.

Aku terkenangkan ILSAS di UNITEN Bangi suatu ketika dahulu dimana aku baru melangkah masuk dalam keluarga TNB. Kami dihantar berkursus selama 2 minggu. Masa itu aku belum kahwin lagi tak apalah 2 atau 3 minggu. Semasa pendaftran, kami diberi taklimat oleh warden. Aku masih lagi ingat akan kata-kata ini. " Jangan pergi ketandas seorang diri. Kalau terdengar orang yang menjual kuih jam 2 atau 3 pagi jangan buka pintu ". Kami memandang sesama sendiri sebab kami menginap betul-betul tempat laluannya.

Memang malamnya tepat jam 2 pagi pintu kami telah diketuk. Terdengar suara seorang wanita, " Kuih..kuih ". Aku apa lagi terus menarik kain selimut menutup seluruh badanku. Namun telingaku masih dapat mendengar jualan kuih dan diikuti dengan tangisan kesedihan. Keesokkan harinya pula kami terdengar jerita didalam tandas akibat seorang pelajar terkejut bila melihat hanya kepala sahaja yang melayang sedangkan badannya tiada. Patutla warden melarang jangan ketandas seorang diri.

Kini aku begitu teruja sekali bila aku telah dipanggil sekali lagi ke ILSAS Bangi untuk menjalani kursus selama 3 hari. Hati aku melonjak keriangan. Apa tidaknya, aku bakal melihat gambaran yang suatu ketika dahulu aku begitu ketakutan. Kami telah diberi kunci seorang satu bilik. Aku dan rakanku si Khor mendapat bilik seorang satu bilik. Senang tak ada yang mengganggu. Dalam 32 buah bilik, hanya kami sahaja yang menginap. Kami tinggal bertentangan. Malamnya aku dikejutkan dengan bunyi orang flush tandas. Dalam hati aku berkata, ini permulaan. Ketika aku hampir memejamkan mata lintas seorang wanita didepanku terus menghilang. Aku buka pintu dan melihat dia memasuki bilik rakanku si Khor.

Aku senyum seorang diri sebab aku pasti besoknya rakanku akan menceritakan sesuatu. Tepat tekaanku. Besoknya dia menceritakan ada lembaga mencuitnya badannya. Akibat ketakutan dia terus tidur dan bila bangun pagi dia terkejut bila didapati pintu tingkapnya terbuka. Aku hanya diam mendengar ceritanya. Bila tiba waktu malam aku pergi kebiliknya untuk melihat. Mungkin ada sesuati yang tidak kena. Aku memerhati diluar tingkap. Pandanganku terus ke rimbunan pokok buluh. Aku melihat seorang wanita berambut ikal mayang paras ke pinggang sedang melurut rambutnya.

Kalau sebelum ini aku dipertontonkan dengan wajah yang hodoh. Kini wajah wanita ini amat cantik sekali. Dia tidak memperdulikan sesiapa. Dia hanya melurut rambutnya. Aku begitu tergoda melihat kecantikan wanita ini. Tiba-tiba rakanku menegurku kenapa tercegat didepan cermin tanpa bersuara. Memang aku seolah-olahnya terpukau dengan kecantikan rupa parasnya. Nak kata orang bunian, aku tak pernah melihat. Aku berkata kepada rakanku, " Khor.. dekat pokok buluh ada perempuan cantik. Sebab tu aku terdiam. Aku tak pernah tengok perempuan secantik ini ".

Rakanku ketawa tidak percaya. Aku terus menceritakan bahawa semalam aku melihat seorang wanita masuk kedalam biliknya. Baru dia tersedar akan kebenaran ceritaku. Pucat mukanya seketika. Aku berkata bahawa perempuan di rimbunan pokok buluh tidak mengganggu sesiapa. Dia hanya melurut rambutnya. Sekejap dia memerhati aku. Mungkin dia tahu bahawa aku telah nampaknya. Aku berkata kepada rakanku, " Khor.. aku nak pergi sekejap ke pokok buluh. Aku nak berkenalan dengan perempuan itu ". Rakanku berkata, " Ariff lu jangan cari pasai. Lu baru saja kahwin ". Terus aku tersedar. Betul juga kata rakanku ini. " Ariff..kira lu punya mata 3G la ". Aku hanya ketawa sahaja.

Kami keluar ke Kajang untuk menikmati satay Hj samuri yang amat terkenal. Begitu ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Entah sehari berapa puluh cucuk satay yang dapat di hasilkan. Jam 11 malam kami kembali ke asrama dan wanita itu masih disitu bermain dengan rambutnya. Cahaya lampu jalan terus menyuluh wanita itu. Sekejap rakanku menjenguk kearah tingkap. " Masih ada lagi ka. Wa tak nampak apa-apa ". Aku hanya diam dan asyik memerhatikan akan kecantikan wanita itu.

Aku terkejut bila talipon bimbitku berbunyi. Isteriku menalipon rupanya. Aku terus kebilikku. Selesai bercakap dengan isteriku terus aku tertidur sehingga akhirnya terdengar azan subuh. Malam itu dan seterusnya tidak ada lagi gangguan. Mungkin wanita itu menjadi penghuni di perkarangan bilik kami. Bila ada orang menetap dia terus berubah tempat. Pada 22 Julai aku telah siap booking bilik yang sama. Rakanku Khor juga aku booking bilik yang sama. katanya,
" Lu pandaila mau tengok itu perempuan. Janji dia tak kacau aku sudah ".

Sepanjang perjalanan pulang merentasi lebuhraya, begitu ramai makhluk yang tidak dapat dilihat berada dilereng-lereng bukit. Ada yang duduk berselang kaki. Ada yang melayang. Yang paling aku takut ialah bila melihat seorang wanita seolah-olah akan menyeberang jalan. Mungkin ketika dia menyeberang sesetengahnya diperlihatkan olehnya maka akan terkejut lalu memusing stering atau membrek. Ini yang berlaku kemalangan bila ada yang mengatakan melihat lembaga menyeberang lalu terkecut terus memusing stering. Akibatnya berlakulah kemalangan. Aku berkata kepada rakanku, " Khor kalau you nampak perempuan lintas, lu hentam saja sebab dia buka orang ". Rakanku hanya terdiam bila aku menceritakan bahawa begitu ramai makhluk berkeliaran di waktu maghrib.

Aku begitu kepingin untuk melihat apa yang berada didalam tempat karaoke. Rakanku mengajaku kesana untuk melihat apa yang tak dapat dilihat. Dia pun begitu seronok nak mendengar cerita. Aku masih lagi was-was untuk kesana takut fitnah kepada diriku juga. Takut aku pula yang akan terikut bila berada didalam tempat itu. Maklumlah aku pun minat muzik juga. Nanti tak pasal-pasal aku pula yang menjadi makhluk itu.

6 comments:

hentian said...

Ini macam kalu wa tarak mau 3G. 1G cukup la. Wa tarak kuat semangat ooo... Kalau lalu highway nampak macam-macam, wa luluk rumah saja ooo... tarak mau keluar. Pi toilet pun wa tak mau...

lang buti lang, kui buti kui...

jude said...

helo bruder, kalu macam ni kena pi kursus, lebih baik aku kursus di rumah saja! naik bulu roma ku da....!:) cheers man!

zai said...

Salam en diman,
Selamat kembali dgn entri baru,..terasa rindu nak dengar cerita2 hantu nie..,bertuah en diman dapat melihat makhluk halus..sekurang2nya en. diman boleh pantau keadaan sesuatu tempat yang baru dilawati sblm berbuat sesuatu...sbb org yg tak leh nampak ni selalunya pakai redah jer..tu yg jadi mcm2 tu..

Maiyah said...

slmt kembali.. sekarang ni dah jarang dengar kisah hantu kat kwsn rumah kalau dulu, macam2

abuyusof said...

hantu baik..

scr said...

x baca sampai abeh....dpt bilik single...huwaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...