Teman-teman

Thursday, July 16, 2009

Aku Tergoda Lagi

Salam semua. Aku kerja malam dan pagi-pagi lagi jam 7 aku ke warung untuk membeli kuih. Sebelah warung tu ada kedai kopi yang sudah menjual nasi. Laku sungguh kedainya maklumlah pelaut baru pulang dari menangkap ikan. Maka berkerumunlah mereka dengan juadah nasi yang panas. Aku tidak peduli langsung akan gelagat mereka. Entah macam mana tauke kedai itu nampak aku. Apa lagi, " Bang pagi ni ada ikan semilang fresh bang. Tak mau ka ". Bagai ada magnet yang menarik aku kesana. Semangat hendak membeli kuih terus hilang. Sampai saja disana, mak datuk besarnya kepala ikan semilang. Aku terus minta untuk dibungkuskan nasi. Aku menjadi lupa diri lagi dengan ikan semilang. Aku talipon isteri saja nak bagitau. " Nah abang beli nasi kepala ikan semilang ". Ketawa dia sambil berkata, " Abang ni, tak boleh dengar atau nampak kepala semilang semua boleh lupa ". Aku turut ketawa.

Teringat juga semasa aku talipon arwah Siti Aishah, " Siti abang beli kepala ikan semilang ". Arwah isteri berkata, " Abang,abang tak boleh jauh dengan kepala semilang. Bila tengok ikan semilang bini pun boleh lupa ". Aku dapat merasakan persamaan mereka berdua sebab kedua-dua mereka tidak makan ikan semilang. Masak boleh. Aneh bukan....

12 comments:

zai said...

Salam En Diman..
En diman ni sebijik selera cam suami saya pantang tengok ikan sembilang...
saya pun sebijik macam selera bini2 en diman mmg tak tertelan ikan sembilang..masak bolehla..

keluarga.amri@gmail.com said...

Sori la... saya kurang minat ikan sembilang sebab rupanya macam ikan keli. Bila teringat ikan keli teringatla masa kecil-kecil dulu melepas kat parit. He.. he.. Sori aaa...

Ariff Budiman said...

Zai..rugi oo tak makan ikan semilang

Keluarga.amri..keli di darat. Semilang di laut. Memang berbeza

Guru said...

sedap ke ikan semilang ni?

Ariff Budiman said...

a kl citizen..Sedap cikgu. Sehingga hilang akal dibuatnya.

scr said...

ikan pari cicah ayaq asam the best (eceh...tetiba lak)...haha....

Maiyah said...

salam.. hai terlior jap. mintak kit

kak ja said...

Masa mengandungkan anak sulung dulu, sampai ke las menet pun sempat lagi ke Kuala Kedah beli ikan semilang.. Mlm tu Mak berkeras nak masak gak kari ikan semilang.. Mujur gak sempat mkn, sbb awal pagi besoknya saya dah masuk spital utk bersalin..

La ni dah tak brp gemar dah ikan semilang..

ZOOL@TOD said...

Ikan Semilang memang sedap. Sape tak makan memang rugi sesangat.

Saya hampir senasib dengan En Diman, Wardah tak suka masak ikan keli/ semilang. Kalau nak makan kena makan kat kedai.

Tirana said...

Saya minat betul dengan ikan sembilang...buat kari la yang paling sedap...hehehe

inamas said...

salam. kuasa Allah Taala kan...
kira oraitla tu ..Alhamdulillah. Selamat berbahagia..emm..emm...

inamas said...

Ikan sembilang la paling best!!!pergh...mak mertua lalu belakang pun tak perasan kan abgDman kan!hehehe..tambah pulak ayaq tangan mak yg buat fuh,best in the world la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...