Insyaallah esok 6 Julai aku akan ke Tanjung Malim menghantar anak lelakiku daftar memasuki Politeknik Sultan Azlan Shah. Anak gadisku berada di Sungai Petani. Hanya 2 orang sahaja cahaya mata yang dapat aku kongsikan bersama arwah Siti Aishah. Bermula dengan anak gadisku berhijrah ke Sungai Petani. Tinggal kami bertiga. Kemudian pergi pula isteriku untuk selama-lamanya pada 18 Disember 2008. Tinggal aku dan anak lelakiku.
kini esok dia pula akan merantau jauh. Tinggal aku keseorangan walaupun aku telah pun beristeri. Pernah aku bersuara kepada arwah Siti Aishah, " Siti nanti kalau kedua-dua anak kita melanjutkan pelajaran mereka, tinggal kita berdua saja. Tentu kita sunyi ". Isteriku memang lembut perwatakannya. Aku luahkan perasaan begitu dia dah mengalir airmata. Katanya dia tak sanggup berpisah dengan anak-anaknya. Bayangkan kami menghantar anak memasuki sekolah Teknik yang satu pulau dengan kami pun dah terasa kesunyian.
Tak sangka pula kini saya yang penuh dengan kesunyian bila Siti Aishah rupanya yang meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kini bila aku pulang kerumah setiap sudut aku pandang memori lama pasti bermain kembali. Aku dapat melihat bagaimana kami berempat bergurau senda bila aku bergurau menjadi tok bomoh lalu bercakap bahasa siam dengan isteriku. Ketawa dia tak tahan melihat perwatakan aku. Bila aku kenangkan kembali, hanya airmata yang mampu aku luahkan. Aku tak sanggup tinggal lebih lama di rumahku sendiri. selepas mengetuk keyboard, aku akan terus keluar memujuk perasaanku.
Aku ketawa, gembira setiap hari tetapi bukan itu yang aku alami dalam hatiku. Aku bersyukur kepada Allah kerana masih ada insan yang sudi mengembirakan hati ini. Namun pada waktu yang sama aku begitu merasai pemergian Siti Aishah. Aku hanya mampu mengawal diri sebab aku tahu semua itu adalah perancangan dari Allah dan aku sebagai hambanya tidak mampu menolak. Bila aku menulis aku merasa begitu tenang sekali. Banyak cerita yang hendak aku kongsikan bersama agar aku dapat mengawal emosiku ini. Alhamdulillah isteri baruku ini amat baik sekali. Memang aku tahu ini semua adalah anugerah Allah. Setiap apa yang dia ambil akan diganti samada sama atau lebih baik lagi. Bagi aku masing-masing ada kelebihan masing-masing cuma aku perlu pandai menghargainya. Semua ini mengajar aku supaya tidak jauh dari Allah. Kalau kita ingat Allah maka Allah akan ingat kita. Kepada pembaca semua janganlah kita lupa dan alpa dengan setiap suruhannya. Didiklah isteri atau suami juga anak-anak kearah keredhoaan Allah.
4 comments:
Salam En. Diman,
tersentuh hati saya baca entri ni, rasa sayu sbb arwah siti aisyah msh membayangi hdp en diman walau dah ada orang baru..mmg kisah lampau yg indah akan sukar hilang diingatan wlu berkali2 kita cuba mengikisnya, saya ada 4 orang anak semenya tinggal kat asrama Maahad Tahfiz tak jauh dari rumah, mereka masih kecil lagi pun dan 3 masih bersekolah rendah tapi saja hantar utk didik rohani dari kecil tupun hari2 kena p tengok klu tak sedih pula...mana ibu bapa yg tak sayangkan anak2kan ? bersabarlah..tak ada benda yg kekal kat dunia nipun..ada anak seramai manapun akan pergi tinggalkan kita juga satu hari nnti, itulah hakikat hidup..
assalammualaikum
datangnya kita bersendirian, pergi kita nanti pun bersendirian...
kadang-kadang Allah mendidik kita dengan mengambil sesuatu yang kita sayangi atau hargai, supaya kita tidak bergantung/menumpah kasih keterlaluan selain kepadaNya...
ceritalah pasal hang dengan isteri baru pulak. cerita dengan isteri lama tu simpankanlah di dalam kenangan. biarlah dia bersemadi di sana dengan aman.
hati isteri baru kena jaga gak. dia amat penting kini kerana akan terus menyambung sisa-sisa kehidupan yang ada...
kelakar betul bunyi ayat insan marhaen kat en. diman mcm bapak nasihat kat anakla plak..tapi betul juga kata insan marhaen..klu boleh banyakkan entri kisah dgn isteri baru pula sekurang2nya dia juga akan rasa dihargai meskipun tak sama seperti arwah siti aisyah..biarlah segalanya nanti bersemadi sebuah kenangan yg indah2 belaka...
Post a Comment