Teman-teman

Sunday, July 12, 2009

Berniaga Di Pasar Malam

Alhamdulillah semalam - Sabtu aku berkesempatan membantu isteriku berniaga di pasar malam. Pada mulanya dia keberatan membenarkan aku bersama sebab aku akan bertugas malam. Katanya nanti letih. Rasa kesian pula sebab inilah pertama kalinya aku berkesempatan mencari pengajaran berniaga di pasar malam. Dari pagi lagi hujan turun dengan lebatnya. Setelah selesai aku melatih anak-anak bernasyid, aku terus kesana. Hujan semakin lebat. Kelihatan isteriku keseorangan. Dengan kehadiranku nampak riak air mukanya gembira. Malam ini pelanggan agak kurang sebab hujan turun dengan lebat. Aku kagum dengan semangat mereka yang berniaga dipasar malam. Walaupun hujan lebat, namun riak muka mereka tidak menggambarkan kekecewaan. Kata isteriku, " Inilah rezeki yang Allah berikan kepada kita hari ini ".

Bagi aku inilah pertama kalinya aku berniaga. Sebelum ini aku hanya sebagai pembeli dan aku tak pernah kisah bagaimana kehidupan mereka yang mencari rezeki berniaga di pasar malam. Isteriku tertawa bila melihat aku basah kuyub dan menggeletar kesejukan. Katanya padaku lagi, " Selamat datang kedalam dunia perniagaan ". Aku hanya mampu tersenyum. Anakku turut tertawa bila aku hantar mesej mengatakan ayah basah kuyub berniaga di pasar malam. Aku terpaksa mengubah corak kehidupan 360 darjah. Sebelumnya arwah isteri yang banyak membantuku. Kini aku pula yang banyak membantu isteriku. Memang kita tidak dapat menduga perancangan Allah. Namun aku bersyukur dengan kehidupan baruku ini.

Isteriku masih sempat bergurau, " Selalunya berniaga tak pernah macam ini. Hai mesti terkejut ada orang baru yang datang berniaga ". Rakan-rakan sebelah ada juga yang mengusik sebab isteriku dah bawa bodyguard. Rezeki semalam taklah banyak. Akhirnya Allah dah tetapkan bahawa rezeki malam itu untuk gerai-gerai berhampiran. Banyak juga malam tu aku dapat merasai berbagai-bagai juadah yang turut disedekahkan. Itulah juga rezeki untuk kami. Aku ketempat kerja dalam keadaan hati yang tenang sebab dapat juga membantu isteriku.

9 comments:

insan marhaen said...

Bertambah satu lagi profesyen baru. Senang la nanti nak edar risalah program...

Anonymous said...

tapi agaknya memang orang berjimat cermat kot sekarang ni. sebab pasar kat lancang dan bentong ramai lagi peniaga daripada pembeli..nak kata hujan tidak pula..padahal baru masuk gaji..huhu..barang dah mahal sekarang

scr said...

lapaqnya tgk nasi tomato tuh...bila nk merasa ni pakjang...haha

Guru said...

pengalaman dan pengetahuan baru dalam hidup...

Unknown said...

kalau cm2 boleh la booking utk katering apa2 function kan??ada diskaun kot..hehehe..gurau je..apapun selamat maju jaya dlm apa jua bidang diceburi utk abgDman & kak rosnah. amin.
p/s-pasar malam kat jln tengah ka??

nadinezuharra said...

Alhamdulillah, sdr Budiman memperoleh seorang isteri yang bijak berdikari untuk menambah pendapatan keluarga.. moga sentiasi dilimpahi rezeki di masa yang mendatang...
p/s:jual nasi tomato ke..?nampak sedapp.. : )

zai said...

Alhamdulilah tak sangka en. diman kawin dgn businesswoman rupanya..baguslah tu..sekarang warna nostalgia dah berubah warna kan..

Ariff Budiman said...

insan marhein.. Memang benar. Saya terpaksa menyesuaikan diri.

Syahidah..Alhamdulillah dekat Penang agak ramai juga pembelinya.

scr.. Boleh kinah. Nanti try bulan Ramdhan

a kl citizen.. Benar ini merupakan pengalaman baru buat saya walaupun masih terkapai-kapai.

Nur Azlina..Kalau function besaq-besaq tak mampu la. Yang ini pasar malam Bayan Lepas

Nadine.. Memang saya akui isteri saya bijak dalam bisnes. Selain nasi tomato, pagi buat roti canai dan roti nan.

Zai..Warna nostalgia dah totally berubah warna. Cuma blog ini tetap biru sebabsaya suka.

Ariff Budiman said...

insan marhein.. Memang benar. Saya terpaksa menyesuaikan diri.

Syahidah..Alhamdulillah dekat Penang agak ramai juga pembelinya.

scr.. Boleh kinah. Nanti try bulan Ramdhan

a kl citizen.. Benar ini merupakan pengalaman baru buat saya walaupun masih terkapai-kapai.

Nur Azlina..Kalau function besaq-besaq tak mampu la. Yang ini pasar malam Bayan Lepas

Nadine.. Memang saya akui isteri saya bijak dalam bisnes. Selain nasi tomato, pagi buat roti canai dan roti nan.

Zai..Warna nostalgia dah totally berubah warna. Cuma blog ini tetap biru sebabsaya suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...