Blogger Insan Marhein dan Jendela hatiku merupakan sahabat karib yang sudi ziarah
Dr mengesahkan yang aku demam dan mengalami sendi yang bengkak. Aku diberi ubat demam dan sendi. Bila aku sedar hari dah siang. Memang mengantuk sungguh ubat tidur yang diberikan. Lama kelamaan demam aku reda dan sakit sendi berkurangan. Setelah berada didalam wad selama 2 hari akhirnya aku dibenarkan keluar pada 9 Februari jam 1200 tengahari. Setelah sampai dirumah aku terlelap sebentar. Jam 3 petang aku tersedar. Terasa badan amat segar dan aku memulakan langkahku yang pertama menjelajah pekan. " Abang ni baru keluar hospital dah nak tawaf lagi. Rehat lah dulu ". Rungut isteriku. Akhirnya aku memberi alasan untuk membeli roti.
Ada yang kata aku hanya makan angin di hospital. Tengoklah cara aku bergambar
Insyaallah selepas ini aku akan cerita tentang makan anginku di kelantan. Memang penuh pengertian. Aku bersyukur aku mampu menghadapinya.
10 comments:
Assalamualaikum Saya doakan pakcik sihat sentiasa selepas kuar dari hosp.saya minta izin tiru konsep blog pakcik.hehe.buat blog biz kecil-kecilan.kalo ada masa singgah la tgk boleh pakcik komen2 nanti.
http://dlnext-azz.blogspot.com/
Cantik blog dlnext. Tahniah dari pakcik
Alhamdullilah dah discharged, moga agak dapat membaca n3 celoteh Ariff lagi...
Marina Monroe..Terima kasih kak kerana masih sudi membacanya.
waa... lepas ni bolehlah blogwalking. bukan highwaywalking aaa..
Man ada semacam orang bertudung di belakang dalam gambar kedua.
Siapa itu ?
Insan Marhein...Boleh membuat perjalanan blogwalking sekarang
hrusli61..Entahlah cikgu bila saya perhati balik baru perasan yang ada seseorang bertudung dibelakang kami padahal hanya kami berdua saja. Gambar dirakam pada jam 7 petang. Siapa Ya gadis misteri itu. Menutup aurat pula
alamak sapa pulak perempuan bertudung tak nampak muka belakang paknjang tu?
ee mcm seram.
org muat ka nak masuk kat situ?
bearcat..g sempit ja belakang tu. Agak-agak siapa
Post a Comment