Teman-teman

Sunday, April 08, 2012

Nak Dapat Anak Tiri

Berselera sungguh aku menyuap nasi kedalam mulut. Isteriku hanya menemaniku. Katanya dia diet. Memang tepat sebab isteriku tidaklah gemuk dan tidaklah kurus. Aku suka begitu. Namun aku juga kena maintain badanku. Jangan hanya isteri saja yang diet tetapi suami main bedal saja.
" Abang ni Nah lihat nasi asyik melekat di mulut saja ". Katanya sambil membuang nasi di mulutku.
"Nah tahu tak. Kata orang kalau nasi melekat di mulut tandanya nak dapat anak tiri ". Gurau aku sambil mencubit sedikit ikan goreng. Aku masih lagi ingat ketika arwah Siti Aishah menegurku bila nasi kerap melekat di mulutku.
" Ni nak dapat anak tiri apa ". Aku bergurau dengan arwah isteriku.
" Janganlah bang... ". Katanya bersungguh-sungguh.

" Betul tak Nah. Kini selepas arwah Aishah meninggal abang mendapat anak tiri ". Kataku kepada isteriku Rosnah. Bukanlah niatku hendak menakutkan isteriku tapi entah kenapa aku terkeluar perkataan itu dan bercerita tentang arwah Siti Aishah kepadanya. Sudah lama aku tidak menyebut nama ini di hadapan isteriku.
" Jadi abang kena tunggu Nah mati baru abang dapat anak tiri ". Kata isteriku sambil tertawa kecil.
" Tak apalah Nah. Abang bergurau saja. Abang dah ada yang terbaik buat abang ". Kataku kepada isteri mematikan terus gurauanku yang mungkin akan berlarutan kalau di biarkan. Aku tidak mahu kehilangannya. Aku sudah serik. Aku tidak sanggup menerima ujian yang amat berat ini. Aku adalah insan yang lemah.

3 comments:

Anonymous said...

betul ke pasal ni?ke hanya kebetulan @ kepercayaan karut?baru je nikah 3 bln tp bru ni pkra ni tjdi kt diri sdiri..nsi melekat pd bibir mulut..kbtln kakak yg tgk..tp dia xtgur pun..sedihnya kalau btl.. :'(

Ariff Budiman said...

Salam. Tak ader la. Ini hanya kata-kata orang tua dahulu. Ajal maut semua dari Allah. Itu hanya gurauan saja

Anonymous said...

hrp2 mcm tulah...semuanya ditangan Allah..terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...