Teman-teman

Monday, February 25, 2013

Maaf Maaf Dan Maaf

Sudah lama aku dan isteri tidak ke pasar semenjak pulang dari Pulau Langkawi.
" Bang esok kita [ergi pasar. Lama tak ke pasar. Barang pun dah berkurangan ". Kata isteriku dan aku hanya mengiakan saja. Sebelum melelapkan mata aku mengajak isteri menonton gambar yang baru dibeli bertajuk The Raid - Redemption sebuah filem keluaran Indonesia di mana pelakunnya yang tangkas dalam filem Merantau Warrior. Aksi memang best sehingga aku tak senang duduk melihat ketangkasan mereka berlawan.


Kami masuk tidur setelah filem tamat. Mata sudah mengantuk membuatkan aku begitu cepat tertidur. Bila tersedar aku baru keluar dari sebuah masjid. Ramai juga orang. Mungkin hari Jumaat. Aku mencari bangku untuk menyarung semula kasutku. Aku dihampiri oleh 3 orang lelaki. Perwatakan mereka begitu lembut sekali. Sambil meraba-raba belakang dengan suara menggoda. Aku sudah mula naik gelisah lalu memberi mereka amaran tapi mereka ketawa sambil berkata mereka bertiga sedangkan aku seorang saja. Apa yang boleh aku lakukan.



Memang bengang sungguh aku ketika itu. Mereka terus mengusap aku dengan rayuan. Sekali aku memberi amaran jika mereka tidak berhenti aku akan melakukan sesuatu. Mereka tetap juga berkelakuan demikian. selesai aku memakai kasut terus aku menampar mereka. Mengelak-elak mereka. Seorang menjerit
" Bang...bang pukul saya ". Beberapa kali di menyebut dan akhirnya aku dapat merasa tangan hinggap di pipiku.
" Abang mimpi apa sampai tampar pipi Nah ". Terdengar sebak suaranya.
" Abang minta maaf Nah. Abang tak sengaja ". Aku berkata bila melihat airmata isteriku mengalir
" Abang minta maaf Nah ". Akhirnya isteriku tersenyum walaupun dalam keadaan masam. Terus aku tidak berani memejamkan mataku. Takut aku bermimpi lagi


Setelah solat subuh sekali lagi aku meminta maaf padanya. Dia memaafkan aku kerana memang aku tidak sedar apa yang aku telah lakukan. Aku mengajaknya kepasar tapi katanya dia keletihan.
" Abang minta maaf Nah. Mungkin sebab semalam Nah tak sihat ". Aku berkata
" Tak...Bukan tu. Memang Nah rasa tak larat ". Sambil menyapu air matanya.
" Macam nilah Nah. Hari ni Nah berehat. Biar abang ke pasar dan masak ". Aku berkata kepada isteri yang hanya mampu tersenyum sumbing. Sepanjang perjalanan ke pasar aku merasa terlalu bersalah terhadap isteriku. Bagaimana aku boleh bermimpi begitu. Rasa kasihan bila membayangkan wajahnya.

Selesai di pasar aku kerumah kakakku untuk mengambil ikan talapia. Bila pulang terus aku masuk ke dapur menyiang ikan dan udang. Aku nak buat sambal tumis jawa, Udang masak kunyit, Goreng kacang bendi dan bakar ikan talapia. Aku bermula dengan membuat sambal tumis. Akhirnya akibat bising aku menumbuk bawang membuatkan isteriku terjaga. Terus dia meminta agar aku tidur sebab dia tahu aku tidak melelapkan mata setelah berlaku peristiwa itu.
" Abang tidur la. Nanti abang nak kerja pula. Biar Nah masak ". Kata isteriku
" Nah sedih lagi ke ". Aku bertanya
" Tak ada. Nah tak marah dengan abang. Memang hari ni Nah letih sungguh ". Lega juga mendengar pengakuan isteriku.
" Tak apa biar abang tolong Nah dulu buang kulit udang dan potong bendi. Lepas tu Nah masak dan abang tidur ". Aku berkata kepada isteri dan dia bersetuju.


Setelah ready semuanya aku memanggil isteriku. Aku segera kebilik. Terasa begitu mengantuk sekali. Jam 1 petang aku terjaga. Terus aku bangun dan kedapur untuk membakar iakan talapia. Air asam sudah siap isteriku buatkan. Selesai bakar ikan aku mengajak isteriku makan bersama.
" Masyaallah. Sedapnya udang masak kunyit dan bendi goreng ". Tertawa kecil isteriku mendengar aku memujinya. Barulah nampak dia tersenyum. Lega aku di buatnya.
" Terima kasih banyak-banyak dan sekali lagi abang minta maaf kejadian semalam ".
" Tak apa bang. Abang bukannya sengaja. Nah tak marah pun ". Alhamdulillah. Lega hati aku bila isteriku tidak merasa hati dengan aku. Sudah lama tidak berlaku kejadian macam ini.



1 comment:

insan marhaen said...

Kalau Qiamullail jamaie, tak mahu tidur tepi WN la. Naya nanti, WN ingat dok pelekoh pencuri tapi IM yang jadi mangsa...he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...