Teman-teman

Sunday, April 26, 2009

Anugerah Perkhidmatan Setia TNB

















Pendaftaran Peserta dan pasangan masing-masing

















Majlis Makan malam
















Anugerah Perkhidmata Setia selama 25 Tahun

Pada 25 April 2009 aku dan warga TNB telah di anugerahkan Perkhidmatan Setia setelah bertugas dengan badan korporat selama 25 tahun. Setiap warga TNB dibenarkan membawa pasangan yang merupakan orang yang berada dibelakang tabir si suami iaitu seorang wanita yang bergelar isteri. Aku hanya mampu membawa anak lelakiku menggantikan ibunya.

Ramai juga kawan-kawan bertanya padaku dimana isteri untuk dikenalkan dengan isteri mereka. Lidah aku kelu untuk mengeluarkan perkataan meninggal sebab bila aku menyebut akan perkataan itu akan disusuli dengan soalan sakit apa. Aku hanya mampu berkata berada dirumah. Ada juga yang tahu akan cerita aku lalu dibisikkan kepada isteri mereka. Apalagi sekejap-sekejap mereka akan menoleh kearahku. Aku tahu mereka simpati akan nasib yang menerima keluargaku.

Tepat jam 2.30 petang majlis bermula dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu korporat TNB. Terasa bangga aku bertugas dengan badan korporat ini. Ucapan Pengerusi TNB Datuk Sri Leo Moggie amat menyentuh perasaanku. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan yang bergelar isteri kerana sanggup bersabar bila suami tak pulang kerumah akibat kesibukan. Aku hanya mampu mengalir airmata mengenangkan pengorbanan arwah isteriku.

Ketika aku sampai dirumah jam 3 pagi isteriku masih berada diruang tamu menanti aku walaupun dalam keadaan mengantuk. namun sayangnya kepada suami isteriku telah menghilang rasa mengantuknya demi menanti kepulangan suami tercinta. Masa itu aku merasa sungguh tenang sekali dengan pengorbanannya.

Aku amat terharu kerana diasat ini isteriku tidak dapat bersama menyaksikan aku berada diatas pentas mengambil anugerah. Aku melihat isteri rakan-rakanku yang lain begitu berbangga melihat akan suami mereka diatas pentas dengan anugerah masing-masing. Kataku kepada anakku," Alangkah indahnya kalau emak ada bersama. Tentu emak berbangga melihat ayah diatas".

Aku pernah berkata kepada isteriku yang satu masa kelak dia akan menemaniku untuk menerima anugerah ini. Dia begitu seronok mendengar dan bertanya bila. Kataku tahun 2009. Kami hanya mampu merancang dan Allah telah merancang lain untuk kami. Kini aku hanya mampu mengenangkan saat indah ketika aku pulang dari kerja jauh malam pasti isteriku akan menyambutku. Kini bila kau pulang yang pastinya pintu akan aku buka sendiri. Air akan aku bancuh sendiri dan sakit badanku dirasai seorang diri. Semoga Allah tempat isteri bersama orang-orang solehah.


























Bersama rakan setugas menerima anugerah

6 comments:

scr said...

tahniah atas anugerah yg dterima...hehe

Nadine Zuharra said...

Tahniah..
moga pengorbanan kak Siti Aishah yg telah lalu akan terus menjadi pembakar semangat buat sdr Budiman dlm memajukan diri dan kerjaya.. : )

insan marhaen said...

Dah 25 tahun kau kerja dengan wayar ye... Maknanya dah suku abad le tu. Disamping kertas, tentu dapat imbuhan lain...

ARIFF BUDIMAN said...

SCR... Terima kasih. Nanti Pkjang belanja. Tapi tak blh pilih sendiri he he

Nadine...Insyaallah pengorbanan Siti Aishah tidak pernah saya lupakan. Dia lah isteri dulu kini dan selamanya

Insan Marhein..Benar 25 tahun dah dok pegang benda tu. Banyak suka duka, kematian, kejutan elektrik dan macam-macam ada.

scr said...

heeeeeeee.....

KaMi said...

Salam Ziarah,

Tahniah.. terima kasih kerana membenarkan saya link tanpa minta kebenaran terlebih dahulu.

Salam perkenalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...