Teman-teman

Thursday, May 28, 2009

Aku Mohon Maaf

Pada entriku yang lepas bertajuk Allah itu Maha kaya, aku telah melakukan kesilapan yang besar. Akibat terlalu mempercayai khabar-khabar angin maka aku tanpa soal selidik terus menulis entri itu. Aku mengaku kesalahanku dan bermohon maaf kepada keluarga mereka yang akhirnya aku yang menjadi penfitnahnya.

Terus terang aku katakan bahawa kematian Aishah tidak ada bersangkutan dengan keluarga mantan pengerusi yang lama. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa setelah membaca entri Allah Itu Maha Kaya dan menyangkakan bahawa keluarga mantan pengerusi surau yang menyihir isteri aku. Lagi sekali aku mohon maaf kepada keluarga mantan pengerusi diatas keterlanjuranku menulis tanpa usul periksa dan akhirnya cerita ini adalah menjadi rekaan semata-mata. Sekali aku mohon maaf diatas cerita rekaan ini. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku

3 comments:

zai said...

En Diman, bersyukurlah krn anda masih ada kesedaran dan xdak malu utk mengakui stp kesalahan dan keterlanjuran..Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG..
Moga2 semua pmbaca akan sama2 mengambil iktibar dari seme pkara yg berlaku disekeliling kita, kita bukan insan kamil..pasti xdakkan terlepas dari keterlanjuran pbuatan dan kata2. Setiap musibah yg menimpa pasti ada hikmah yg terselindung..bersabarlah dgn UjianNYA yg ttp akan datang menguji sesekali

Anonymous said...

Alhamdulillah...
Sesungguhnya dugaan itu datangnya dalam pelbagai bentuk.
Semoga saudara beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Terima Kasih.

ARIFF BUDIMAN said...

Zai.. sungguh bermakna kata-kata ini.Ya semoga ada hikmah yang terselindung. Terima kasih.

Anonymous.. Terima kasih juga. Semoga saya lebih berhati-hati dengan tulisan saya yang akan datang. Semua orang melakukan kesilapan. Semoga saya mendapat pengajarannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...