Teman-teman

Friday, May 01, 2009

Terima Kasih Dan Maafkan Aku

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Warna Nostalgia yang sudi memberi nasihat. Ramai juga yang hantar persornal email minta aku invite mereka untuk terus membaca di WN. Memang aku telah mengunci WN dan hanya aku seorang yang menjadi pembaca setia. Ini bermakna aku tulis dan aku sendiri yang membacanya. Lagi sekali aku ingatkan aku menulis bukan untuk mengambil perhatian semua dan aku amat yakin semua bloggers menulis ketika mereka mempunyai sesuatu yang mereka nak berkongsi dan tak dapat berkongsinya secara fizikal.

Sejak kebelakangan ini fikiran dan badanku amat terganggu. Ia hasil hentakan yang kuat sewaktu aku pulang dari bertugas. Entah kenapa aku sedang berkhayal tentang hidupku yang lampau bersama orang yang aku kasihi tiba-tiba tanpa aku sedari aku telah menghentam kereta didepan. Apalagi melambung aku. Nasib baik jambatan Pulau Pinang sedang menambah laluan yang baru lalu aku melambung diatasnya. Kalau tidak tentu aku dah melambung kedalam laut dan yang paling pasti mayatku saja yang akan dijumpai. Hasil dari inilah membuatkan hati aku mudah terguris jikalau ada orang yang hanya tahu melepaskan geram mereka terhadap aku. Walaupun aku hanya diam bila dimarahi tapi batin aku cukup tersiksa.

Namun aku tahu Allah masih sayangkan aku dan bukan sampai masanya aku mengadapnya. Aku pulang kerumah dalam keadaan sakit yang amat sangat. Aku menalipon kakak ipar memberitahu apa yang terjadi dan aku dinasihatkan agar ke hospital. Aku bertahan saja sebab dah kerap sangat aku berlanggar diatas jambatan dan aku anggap ia perkara biasa saja. Entah kenapa ketika aku bersiap-siap hendak kesurau untuk program kuliah kaki aku dengan tidak semena-mena terus cramp. Tak dapat bergerak.

Nasib baik ada anak lelaki. Dialah yang bakar batu dan mengurut aku. Sebab itulah ayah sayang anak-anak ayah. Hari ini pun badan aku terasa sakit yang amat sangat. Aku gagahi juga bertugas walaupun hari ini merupakan Hari Pekerja. Keluarga aku ada juga plan cuti sekolah ini untuk ke Kelantan tapi aku tak berani lagi kesana sebab aku masih lagi mengingati nostalgia saat terakhir aku bersama arwah Siti Aishah. Ketawa dan tangis mewarnai semasa aku disana. Seminggu aku disana amat bererti bagiku sebab selepas kami kembali ke Penang aku tidak dapat menikmati senyumannya, gurauannya. Hanya doa dan airmata yang sering menemaniku. Bukan aku tak suka pergi tapi aku belum kuat menghadapi kenyataan. Baju yang dia minta untuk aku belikan dipasar minggu semasa di Kelantan dipakainya sehingga akhir hayat dan baju itulah yang sering menemaniku ketika tidur.

Anak gadisku berkata, " Aishh.. ayah macam manalah nanti ayah nak kawin dengan kaki terhencut-hencut ". Aku hanya tertawa kecil mendengar rintihan anak gadisku. Insyaallah kalau sampai juga jodohku aku tetap pasrah kepada Allah. Masanya belum tahu lagi. Rupanya kalau orang yang biasa menulis dia tidak dapat duduk diam selagi dia tak menulis. Begitu juga aku. Dapat bertahan sehari saja sebab jiwa untuk menulis amat kuat. Sekurang-kurangnya aku telah luahkan segala yang tersirat dihati. Pembacalah yang boleh memberi komen. Ramai juga kawan-kawanku memujuk supaya aku menulis dalam bentuk penerbitan buku. Kata mereka banyak cerita-cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran dalam kisah hidupku. Memang aku berminat nak menulis dalam bentuk ini tapi aku tak tahu bagaimana nak mula.

Sekali lagi aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca WN yang sering mengikuti blog ini walaupun tanpa komen dan bagi aku itupun dah cukup baik. Sekurang-kurangnya segala isihati yang aku curahkan dibaca dan aku bukan minta untuk di puji. Kepada bloggers anak saudara yang gelisah Pak Anjang tutup WN kini bolehlah hangpa komen balik. Pak Anjang sayang kamu semua yang merupakan bloggers ikan bilis yang mewarnai alam blog.

Wassalam
ariman

1 comment:

insan marhaen said...

Jiman, kita serupa, hik! hik! hik! Tulis blog pun kena gossip juga. Macam seleriti la pulak. Selebreti alamaya. Aku juga ramai suruh tulis buku. Tapi aku ingat, biarlah tulis blog je. Bebas, ikhlas dan lebih terbuka ruangnya.

Sebab itu aku sekarang naik kereta p tempat kerja. Memang kemek la poket, tapi setidak-tidaknya kalau kemalangan, kereta ajelah yang kemek.

Walaugimanapun, yang paling utama jiwa jangan kemek. Jangan melatah tak ketentuan. Kau dan aku perlu komited mengharungi beban kehidupan yang akan mencipta berbagai warna nostalgia...

ewahhh.... macam baguih je aku ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...