Teman-teman

Sunday, May 03, 2009

Celoteh Pagi Ahad

Pulau Pinang semalaman hujan. Bila bangun pagi aku melihat air sudah memenuhi jalan. Banyak kereta tersadai. Ah.. macam mana aku nak pergi kerja ni. Aku mengambil jalan mudah dengan mencari jalan alternatif. Nasib baik guna motorsikal. Kalau dengan kereta harus aku tak pergi kerja. Terpaksa ambil cuti. Akhirnya alhamdulillah sampai juga aku di tempat kerja walaupun dalam keadaan basah kuyub.

Pagi ini kerja relax sikit maklumlah tak banyak kilang yang buka. Sambil membiarkan tv terpasang aku memulakan penerokaan dari satu blog ke blog yang lain. Entah macam mana Hallmark Channel menayangkan cerita yang persis tentang aku. Tak tahu tajuk ceritanya. Aku stop jelajah blog dan memberi tumpuan pada cerita tadi. Ia berkisarkan tentang seorang lelaki yang kematian isteri lalu dia menyalahkan dirinya sendiri atas kematian isterinya.

Seorang wanita telah hadir dalam hidupnya. Dia amat mencintai wanita itu tapi dalam masa yang sama dia masih merindui isterinya yang telah pergi. Dia sendiri tidak yakin adakah dia boleh membahagiakan wanita itu. Aku terpaku melihat perjalanan cerita. Sedar-sedar terasa panas air mengalir dipipiku. Dipendekkan cerita setelah dinasihat oleh keluarga dan rakan-rakan lelaki itu akhirnya menutup buku kenangan lama dan menerima kahadiran wanita itu.

Cerita ini persis tentang kehidupan aku. Apabila aku ditekan, dimarahi aku merasakan bahawa aku bersalah terhadap arwah isteriku. Aku tak dapat menyelamatkannya. Ada yang berkata isteri aku mungkin dapat diselamatkan kalau aku bertindak cepat. Kini aku hanya mampu memohon maaf pada isteri disebabkan akulah dia tidak dapat diselamatkan. Hidup aku penuh dengan penyesalan. Kadang-kadang aku bercakap sendirian seolah-olahnya Siti Aishah mendengar, " Siti abang minta maaf sebab tak dapat selamat Siti lebih awal. Abang rasa bersalah pada Siti ".

Kini aku takut andaikata wanita yang mungkin muncul dalam hidupku akan mengalami nasib yang serupa. Aku diburu kekesalan. Aku pernah curahkan segala isihati apa yang aku alami sekarang kepada anak gadisku. "Kakak ayah bersalah pada emak sebab gagal selamat emak. Kadang-kadang ayah seolah-olah nampak emak dalam kesedihan sebab ayah lewat bertindak".
"Ayah tak bersalah. Dah takdir mak pergi dulu dari kita. Kakak tau ayah dah berusaha bermacam-macam cara namun Allah sayangkan emak. Kakak juga tau yang ayah terlalu sayangkan emak ". Pujuk anak gadisku. " Pedulikan apa yang orang nak kata tentang ayah. Dia orang tahu ka macam mana perasaan dan kehidupan ayah. Dia orang hanya tahu marah, marah dan marah".

Adakah aku juga harus menutup buku lama seperti dalam cerita itu dan membuka lembaran baru. Aku amat takut untuk melakukannya tapi yang pasti aku perlu melakukannya satu hari kelak. Semoga Allah memberiku kekuatan terhadapku ketika itu. Mungkin ada yang mengatakan orang lain pun ada juga yang kematian isteri namun tak hebuh pun. Benar. Tapi aku dan mereka adalah berbeza. Mereka ada cara tersendiri untuk meluahkan isi hati dan aku meluahkan isi hati aku dalam diari aku ini. Bukan untuk meminta simpati. Sekurang-kurangnya ia meredakan tekanan perasaan yang aku lalui.

3 comments:

insan marhaen said...

InsyaAllah, kalau tumpuan diberi kepada perkahwinan yg baru, luka lama akan terubat jua. Sudah tentu tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Kalau perkahwinan kerana Allah, maka pertahankanlah perkahwinan itu. Tapi kalau masih hati berbolak balik sebelum nasi menjadi bubur, fikir masak-masak.

Yang penting seperti yang pernah aku katakan, ambil kira pandangan anak...

Guru sejarahku semasa di sekolah menengah pernah berkata; berfikirlah seribu kali sebelum membuat keputusan. dan bila keputusan telah dibuat, jangan toleh ke belakang lagi...

mama moden said...

salam, saya setuju dgn apa yg dikatakan insan marhaen. bila dah buat kputusan jgn toleh blkg lagi, jadikan kngan lama hanya utk kngan diri sendiri. klu msih difikirkan kngan lama tntu akan mlukakan hati yg lain. tp klu hati msh ragu2 saudara juga punya pilihan utk mneruskan kehidupan dgn kngan lalu yg pastinya indah. hidup takkan tamat hnya khilangan insan tercinta, hidup juga bkn baru bmula hnya dgn cinta baru....

hrusli61 said...

Maaf, jangan fokus kepada diri sendiri sahaja tetapi berilah sedikit ruang kepada yang bakal bersama dengan kita juga.

Beliau juga harus diberi perhatian khusus. Perkahwinan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak yang saling memerlukan.

Semoga kedua-dua pihak beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Kami tumpang seronok juga.

Terusakan Jiman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...