Teman-teman

Tuesday, May 12, 2009

Your Blood Test Amazing

Seperti biasa aku buat checkup darah di Hospital Pantai Mutiara Penang. Aku melangkah tenang masuk dan membuat pendaftaran sewal jam 8 pagi. Itulah tabiat aku yang biasa aku lakukan. Aku tak suka melewatkan sesuatu perkara sebab ajaran islam sendiri menyuruh agar umatnya menghormati masa. Tersenyum wanita yang menerima pendaftaran aku. katanya seperti selalu aku yang pertama.

Selesai mengambil ujian darah aku ke kantin untuk makan pagi sementara menunggu hasil ujian darahku di makmal. Aku meneliti surat khabar yang hangat menceritakan tentang Dun Perak dan bagi aku yang benar Allah akan tunjukkan kebenarannya. Isu Dun Perak bukan hanya isu negeri Perak saja tetapi ia telah menjadi isu negara Malaysia yang menjadi tumpuan masyarakat Malaysia mengetahui cerita sebenarnya.

" Ariff Budiman boleh masuk ". Aku melangkah masuk setelah namaku dipanggil oleh jururawat bertugas." Good morning Ariff ". Senyum Dr menerima kehadiranku. Bila melihat muka Dr, hati aku dah gelabah. Macam manalah result aku ni. " Well Ariff your blood test amazing. Semua menunjukkan tahap kesihatan you amat baik. Yang paling bagus ialah berat badan you turun sebanyak 6 kilo. Very good Ariff you ada buat exercise "." Kadangkala saja Dr. Yang sebenarnya Dr i tak makan sedap. I just makan roti saja sebab tak ada orang masak ". Dr terdiam seletika." I'm still sorry about your wife but itu sudah baik untuk you. Mungkin tuhan sayang sama dia". " Ok Ariff anything you want to share with me ". Pandai Dr ni nak korek rahsia patient dia.

" Dr i'm getting married ". Kataku. " What. 1 minute please ". Dr meluru keluar memanggil jururawatnya. " Ok Ariff you cakap apa tadi ". Terasa malu pula bila 6 orang jururawat berada didepanku dan kesemuanya telah mengenaliku. " Saya akan berkahwin tidak lama lagi "." Congratulation Ariff. Tidak sia-sia i nasihat you ". Kata Dr. Jururawat yang bertugas turut mengucapkan tahniah kepadaku. Kata mereka tahniah in advance.

Aku melangkah keluar sambil diberi ucapan tahniah dari jururawat. Patient lain hanya memerhati tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Aku melangkah umpama selebriti veteran yang baru hidup semula dan akan terus berjuang untuk hidup.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum pakcik, saya pengikut setia blog pakcik dalam diam..perjalanan hidup mmg suatu perkara yang tidak mampu kita duga..tahniah untuk pakcik dalam tempoh pertunangan ini.semoga jodoh pakcik kalini berkekalan hingga akhir hayat.saya kagum dengan isteri pakcik yg telah pergi,moga rohnya tenang disana..wassalam

ARIFF BUDIMAN said...

Anonymous.. Terima kasih dik. Walaupun pengikut secara diam namun masih setia membacanya dah kira alhamdulillah. T.kasih lagi sekali atas doa ini.

kak ina kl said...

salam ariff..tahniah di atas pertunangan kamu..tentu seronok mengira hari ...tahniah jugak untuk anak lelaki kamu..semuga beliau berjaya.

ARIFF BUDIMAN said...

Terima kasih Kak Ina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...