Ini merupakan entri terakhir aku. Kisah aku bersama arwah Siti Aishah. Selepas ini aku akan meneruskan kehidupan yang baru tanpa meninggalkan sedikit pun kenangan lama. Siti percayalah selama 23 tahun kita bersama abang terasa cukup bahagia dan tenteram. Tidak ada cacat cela yang boleh abang menyalahkan Siti.
Abang bersyukur kerana Allah telah mempertemukan kita lalu kita meredah onak dan duri dan akhirnya alhamdulillah kita berjaya mengharungi dugaan hidup. Kita telah merancang untuk menunaikan fardhu haji bersama. Betapa gembiranya Siti. Dari raut wajah Siti, abang tahu bahawa Siti terlalu suka dengan anugerah ini. Namun Siti Allah telah merancang lain untuk kita. Rupanya Siti telah menyahut seruan ilahi meninggalkan kami yang masih memerlukan kasih sayang.
Hampir lima bulan Siti abang mengharungi dugaan ini seorang diri. Setiap malam abang akan hadiahkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk Siti. Namun abang gagal menghilangkan memori silam. Terlalu indah rasanya nikmat dunia yang sementara yang Allah berikan kepada kita. Terasa masa begitu cepat berlalu. Kini setelah sekian lama kesunyian, kini Allah telah anugerahkan seorang yang akan membalut segala luka abang ini.
Abang tidak ada niat langsung melupai segala kenangan silam. Namun abang perlu menyimpan segala kenangan ini dihati. Biarlah ia bertathta dihati abang dan anak-anak. Siti abang masih ingat kenangan terakhir kita sewaktu meraikan hari ibu. Betapa gembiranya kita dan anak-anak ketika itu. Abang terlalu merindui saat itu kembali namun mustahil ia akan berpatah kembali.
Kakak, adik dengan kehadiran orang yang sudi merawat hati ayah bukanlah bermakna ayah sudah melupai emak. Tidak.. Emak adalah seorang isteri yang begitu baik yang Allah anugerahkan kepada ayah. Ayah masih ingat akan kata-kata emak, " Siti sakit tak apa asalkan jangan abang yang sakit ". kata-kata itulah membuatkan hati ayah begitu sayu bila mengingatkannya kembali. Memang benar apa yang emak kata emak lakukan. Ketika emak sakit, emak masih lagi meneruskan tugasnya sebagai seorang isteri melayan ayah. Ketika ayah sakit emak terbatuk-batuk sambil mencari ubat ayah. Pada emak kesihatan ayah yang lebih penting.
Siti, syurga memang layak buatmu. Abang selalu berdoa agar Allah menempatkan Siti bersama para solihin. Insyaallah kita akan bertemu kelak dan pada masa itulah kita sekeluarga akan meminta agar Allah membalas segala kejahatan yang mereka lakukan terhadap kita. Siti pemergianmu kini telah merubah corak kehidupan abang. Abang akan meneruskan kehidupan ini dan anak-anak akan meneruskan pelajaran mereka. Mereka berjaya adalah disebab restu seorang ibu. Kami amat merinduimu Siti Aishah. Selamat tinggal sayang.....
4 comments:
salam
sungguh terharu menonton klip ini.
saya mesti hargai apa yg saya ada sekarang.
saya tak sanggup kehilangan...
camna yer nak buat klip camni & nak masukkan dalam blog?
It's good to know that Sdr Budi sudah bersedia utk meneruskan perjuangan mengharungi kehidupan ini tanpa diburu kenangan silam.. Kenangan silam biar disimpan dlm album hati.. Life goes on..
Tahniah Sdr Budi.. Aruah tentu berbangga punyai suami bersemangat kental mcm Sdr Budi..
tak tahu mak koen apa. nasib baik klip video tu pendek. kalau panjang sikit lagi harus aku menitiskan airmata. ni pun rasa nak menitis...
terusakanlah perjalananmu....
membaca blog dan menonton klip video kenangan sdr bersama arwah isteri sgt menyentuh hati..menitis airmata sy sewaktu menontonnya krn betapa sy sndr xdak dpt bygkan seandainya perkara tersebut berlaku thdp saya tentu gelap dunia seketika rasanya....semoga ruhnya dicucuri rahmat...Amin
Post a Comment