Teman-teman

Friday, May 15, 2009

Lari Kesana Kesini

Entah sehari dua ini aku terlalu malas dan letih untuk membuka blog kesayanganku. Bukan apa ini disebabkan batuk yang teruk dan disusli dengan demam panas. Kini aku terpaksa pula naik turun pejabat agama untuk menguruskan sendiri perkahwinanku. Dulu semuanya ayah yang melakukannya. Memang susah juga dengan prosedur. Sekali, dua kali masih ada yang tertinggal. Hanya kesabaran yang membolehkan aku bertahan. Kesan hentakan badanku diatas jambatan tempuh hari masih terasa walaupun diurut.

Badan dan otakku tidak dapat berfungsi dengan betul akibat keletihan yang melampau sehinggakan kerjaku sendiri aku terlupa. Hari ini aku bergegas ketempat kerjaku. Sampainya aku disana rakan-rakan sekerja mentertawakan aku. Kata mereka hari ini sepatutnya aku Off Duty tetapi masih setia datang kerja. Kata mereka itulah bertunang lama-lama sangat. Aku hanya mampu tersenyum memikirkan otak aku yang tak keruan ini.

Anak lelakiku telah mendapat tawaran ke Politeknik dan sekali lagi aku akan sibuk dengan dengan tanggung jawabku sebagai seorang ayah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk terus menghadapi hari mendatang. Setakat ini saja yang mampu aku taip sebab badan aku terlalu panas dan nak tidur la. Insyaallah jumpa lagi. Wassalam

1 comment:

insan marhaen said...

He.. he.. relaks la kawan. Mu jange ikutkan sangat kusut kemusut pemikiran.

La ni jambatan dah ada 3 lane. sepatutnya pemikiranmu juga dah ada 3 lane. diri sendiri, anak & bakal isteri.

pandai-pandailah uruskan badan. jgn keterlaluan mengikut hati & perasaan.

ewahhh... macam bagus je aku nih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...