Teman-teman

Monday, May 25, 2009

Lama Tak Nampak Budiman

Alhamdulillah agak lama aku tidak berjemaah di surau. Malam ini aku gagahi juga dengan keadaan lutut yang sakit akibat kemalangan tempuh hari. Dah baik sikit main perlawanan badminton dalam regu antara sanak saudara semasa percutian di Kelantan. Aku ni tak boleh pegang reket badminton. Bila pegang mula la lupa diri. Lari kesana kesini. Besok tak boleh berjalan. Marah adik beradik aku sebab bulan depan dah nak kahwin dengan keadaan lutut macam ni.

Ni rasa lega sikit aku pergi kesurau. Walaupun tahiyyatku macam robot yang dah kena tembak kaki, janji Allah terima amalku sudah. Dalam keadaan sakit sekalipun kita kena solat walaupun dengan isyarat. Maknanya solat itu adalah tiang agama. Sebab itu tiada istilah rehat solat ketika sakit. Cuma Allah beri kaedah yang perlu kita ambil tahu.

Selesai solat ramai juga jemaah surau yang datang berjumpa aku. Kata mereka agak lama tak nampak Budiman. Dengar pula berita aku akan berkahwin pula. Ni yang aku risau sebab aku buat kenduri sikit saja. Janji jiran aku tahu bahawa kami dah berkahwin. Ramai yang aku tak jemput. Maklumlah kenduri orang tua. Masih ramai yang memperkatakan tentang Siti Aishah. Entah macam mana seorang jemaah memeluk aku sambil menangis gembira bila berita aku telah bertemu jodoh. Katanya dia pun berdoa agar aku dipertemukan dengan seorang isteri yang baik seperti Siti Aishah.

Aku dipelawa kerumah seorang jiran sekampungku. Bila isterinya melihat aku dia terus tersebak akibat rindu dekat Siti Aishah. Aku hanya diam membisu disamping mengawal perasaanku agar tidak sama menangis. Bagi aku terlampau banyak air mataku tumpah akibat merindui Aishah dan alhamdulillah aku semakin pulih walaupun orang lain masih menceritakan tentang Siti Aishah. Kataku pada mereka, aku telah meletakkan Aishah dalam peti kacaku. Biarlah dia disitu. Bila aku rindu akan aku buka ia perlahan-lahan agar tidak pecah. Terdiam mereka bila mendengar aku berkata demikian.

Aku begitu yakin sekarang bahawa aku akan melangkah seperti seorang pendekar yang suatu ketika ia cedera parah namun atas semangat dan bimbingan keluarga dan sahabat-sahabatku aku pasti pulih sepenuhnya tetapi tidak bererti aku akan leka. Deriaku akan berwaspada selalu. Aku menanti 13 Jun 2009 dengan perasaan yang mendebarkan dan itulah perjalanan hidup yang Allah telah corakkan untukku. Doakan semoga aku bahagia disamping aku menjalankan tanggungjawabku kepada masyarkat yang telah mereka amanahkan kepadaku. Agak lama aku menyepi di surau. Tiba masanya aku aktif semula....

1 comment:

hrusli61 said...

Melangkahkah wahai Pendekar. Walaupun langlahmu tempang percayalah dikau tidak akan tersungkur ke bumi.

InsyaAllah kami akan berada di sekelilingmu. Menyambut dan mengangkatmu bila perlu.

Doa sentiasa dibibir agar dikau tetap kuat berdiri tegap sebagi Pendekar.

Walaupun kau perlu bertongkat. Alangkah baiknya jika aku menjadi tongkat itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...