Sewaktu aku sedang memanaskan injin kereta, datang seorang wanita menghampiriku. " Abang Budiman apa khabar. Sihat ka ". " Alhamdulillah macam biasa saja ". Itulah jawapan yang mampu aku berikan. " Seronoklah saya lihat pekerja TNB. Semua kaya-kaya. Tak macam keluarga saya susah. Wang sentiasa tidak cukup ". " Saya ni bukanlah kaya sangat. Setakat ni Allah beri rezeki bolehlah untuk menyara keluarga saya. Yang penting kita jangan lupa kepada Allah. Lepas sembahyang jangan lupa berdoa kepada Allah. Kita ni hamba dia. Sebagai hamba kita kena minta dekat tuan. Kita kena merayu ". Aku cuba meyakinkannya.
" Saya berkahwin dengan kak Aishah pada tahun 1983. Waktu itu gaji saya sebulan hanyalah sebanyak RM400. Selepas ditolak EPF dapatlah RM300 lebih. Dalam hati, saya mengeluh bagaimana saya nak menyara keluarga dengan gaji sebanyak itu. Setiap hari waktu solat saya akan berdoa, Ya Allah andaikata engkau berkati perkahwinan kami engkau limpahkanlah rezeki kepada kami Ya Allah ". Wanita itu nampak tertarik dengan ceritaku.
" Memang Allah maha mendengar apabila hambanya merayu. Saya telah dinakkan pangkat dan ini bermakna gaji saya juga turut naik. Perangai saya ialah saya tidak merahsiakan gaji saya daripada Kak Aishah. Saya akan tunjukkan pay slip saya supaya dia tahu bahawa inilah gaji suaminya untuk sebulan. Kak Aishah alhamdulillah tak pernah saya dengar dia mengeluh. Setiap kali lepas solat dia akan berdoa panjang agar rezeki kami bertambah". " Adik nak ke kedai ka. Saya dok cerita saja ". " Tak pa seronok dengar cerita abg Budiman ". Orang dah suka dengar aku pun cerita lagi.
" Setelah beberapa lama kemudian Kak Aishah disahkan mengandung. Persiapan telah dibuat. Setelah anak dilahirkan Allah berikan lagi rezeki kepada kami. Saya terus dinaikkan pangkat lagi. Itulah rezeki anak. Setiap anak yang dilahirkan. Allah dah berikan rezeki masing-masing ". Wanita itu tekun mendengar ceritaku sambil tangannya menggosok perut yang sedang mengandung anak pertama mereka.
" Yang penting jangan kita lupa Allah. Kalau ada program kuliah di surau cuba hadirkan diri bersama suami. Insyaallah Allah akan limpahkan rahmat keatas mereka yang tidak pernah lupa kepada Allah ". Aku meminta izin pergi untuk mengambil anakku. Baru-baru ini sewaktu kuliah maghrib disurau aku melihat mereka suami isteri berada didalam surau untuk mendengar kuliah. Terngiang-ngiang ditelinga bila Ust berkata, " Setiap ujian yang ditimpakan keatas kita, terimalah dengan redho dan pastinya selepas sedih ada gembiranya ". Si suami mendapatkan aku. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyedarkan mereka. Rupanya siisteri telah menceritakan segalanya tentang perbualan kami kepada suaminya. Baguslah begitu. Jangan dirahsiakan.
Sisuami terus memegang tanganku, " Bang saya doakan semoga abang bahagia satu hari kelak ". Terasa sebak aku didalam hati bila orang mendoakan aku begitu. Sebenarnya aku bukanlah seorang pakar nasihat sebab aku sendiri pun perlu di nasihatkan. Terima kasih kepada kaum keluargaku yang banyak memberi nasihat yang berguna walaupun pahit aku menerimanya dan aku tahu mereka semua sayangkan aku dan aku juga sayangkan mereka dan memerlukan pertolongan mereka. Semoga Allah memelihara kita semua dari terjerumus kedalam lembah yang hina. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang membaca WN dan memberi nasihat yang baik. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada anda semua.
ariman
No comments:
Post a Comment