Alhamdulillah kami sampai di Penang pada 24 Mei 2009. Banyak kenangan yang sempat aku rakam untuk mereka yang nak pergi kesana. Aku masih ke Terengganu melawat Taman Tamaddun Islam yang terkenal dengan masjid Kristal. Pada mulanya masing-masing tak mahu masuk sebab bayaran dikenakan sebanyak RM10 seorang. Last sekali kesemua 14 orang kami masuk juga. Cantik juga replika masjid. Kalau tak kuat boleh naik keretapi. Kena RM3 seorang. Aku dan lain-lain bertekad berjalan kaki saja. Baru adventure namanya. Kira sehari suntuk kami di Terengganu. Malam baru kami sampai di Kelantan.
Keesokan harinya pula kami masuk kembali Terengganu untuk ke air terjun Lata tembakah. Cantik sungguh alam ciptaan tuhan. Sia-sia saja kalau kita melawat tempat yang cantik tetapi kita tak kaitkan dengan Allah yang maha pencipta.
3 comments:
Lata Tembakah la...bukan Lata Tembaga hehehe.
Hmm..bagus jgk tu merantau kenegeri orang, sambil2 tu bolehla survey tempat honeymoon nanti kan...hehehe...
bearcat..he terima kasih. Dah update. Pak jang terlalu seronok la
Post a Comment