Teman-teman

Tuesday, October 20, 2009

Abang Sihat Ka

Tanggal 18 Oktober 2009, telah 10 bulan Siti Aishah pergi. Walaupun pada hari-hari yang lain aku tidak pernah jemu ziarah pusaranya, tidak pernah jemu sedekah ayat suci Al-Quran kepadanya dan yang pastinya aku senantiasa berdoa kepada Allah agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang solehah. Pada tarikh ini aku pulang kerumah dengan penuh semangat maklumlah sudah seminggu aku tidak berkesempatan bergurau dan bersembang dengan isteriku. masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kadang-kadang aku merasakan seperti rumah ini sebagai Touch And Go. Ia tempat aku melepaskan penat dan tidur. Bila sedar aku akan bergegas ketempat kerja.

Aku dah berjanji dengan isteriku yang malamnya kami akan makan ikar bakar. Bila tiba malamnya kami nikmati masa itu dengan hati yang begitu gembira sekali. Sekali sekali ingatanku mengimbas kenangan silam semasa bersama arwah ditempat yang sama. Cepat-cepat aku potong ingatan yang akan membuatkan aku terasa lain. Alhamdulillah aku dapat mengawal perasaan dengan baik. Kami pulang dengan hati yang gembira setelah lama tidak bersembang. Sebelum tidur aku telah biasakan diriku membaca Al-mathurat lalu aku berdoa agar Allah memelihara akan keluargaku.

Setelah terlelap maka mimpiku pun bermula. Aku menaiki tangga rumahku. Terasa amat wangi sekali. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya haruman ini. Ketika aku menghampiri rumahku aku dapati rumahku bercahaya dan wangian itu datang dari rumakhku' Anakku Zinnirah lari mendapatkan aku, " Ayah cepat..mak balik ". Aku tergamam mendengar kata-kata anak gadisku. Bila aku membuka pintu aku lihat Siti Aishah begitu berseri sambil tersenyum padaku. Apalagi bercucuran airmataku sambil memeluknya. Menangis anakku melihat kami berpelukan sambil menangis kerinduan.

" Siti sihat ka ". Tegurku kepada Siti Aishah. " Siti sihat bang. Bagaimana dengan abang. Abang gembira ka ". Aku hanya terdiam tanpa jawapan. " Abang nak makan apa, Siti nak masak ". akhirnya dia memasak mee rebus kesukaanku. Aku begitu lahap menghirup kuah yang sedap itu. Sudah lama aku tidak merasainya. Tiba-tiba anakku Hermawan pulang. Terkejut dia melihat emaknya. Apalagi terus dipeluknya emak sambil mencium pipi emaknya. Kami empat beranak berpelukan sesama kami akibat tidak dapat menahan airmata ini.

" Bang Siti nak pergi bang. Abang jaga diri dan anak-anak baik-baik. Siti akan tunggu abang ". Siti Aishah mematikan esakan kami. " Tolong Siti..jangan pergi. Abang tak mau berpisah lagi dengan Siti. Cukuplah Siti menghilang selama ini". Namun tubuh Siti Aishah lama-kelamaan semakin menghilang dan terus hilang dari pandanganku. " Siti..Siti ". Tiba-tiba aku terasa seperti dikejutkan. " Bang bangun bang. Apa yang dok mimpi ni ".

Selepas selesai solat subuh isteriku memandang kearahku. " Semalam abang mimpi apa, dok terjerit nama Siti beberapa kali. Abang mimpi Aishah ka ni ". Aku terkejut sampai begitu sekali aku bermimpi sehingga terjerit-jerit. Terasa bersalah pula aku terhadap isteriku tetapi ia bukan dalam kawalanku. Setelah isteriku keluar berniaga aku pun mulalah mengemas rumah, membasuh pakaian dan memasak nasi. last sekali aku buat nasi goreng special sebagai tanda kasih aku kepada isteriku. Bila dia pulang tersenyum dia melihat baju semua sudah dibasuh dan nasi sudah dimasak. Nasi goreng yang aku goreng entah sedap entah tidak . Bagi aku dah cukup sedap. Akhirnya dia mengucap terima kasih kerana menolongnya dan aku meresa senang hati melihat kegembiraannya. Namun didalam hatinya aku dapat mengerti perasaan sekali sekala cemburu bila aku bermimpi apatah lagi kalau aku mimpi akan Siti Aishah.

Aku berdoa kepada Allah agar dapat mengawal mimpiku bukan aku tidak mahu mengingati akan Siti Aishah tetapi isteriku ini amat baik sekali dan aku tidak mahu melukakan hatinya

2 comments:

Insan Marhaen said...

aduhai sitiku...

kakcikseroja said...

Tak banyak, sedikit.. mesti ada 'sesuatu rasa' di hati isteri Sdr tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...