Teman-teman

Tuesday, October 06, 2009

Hilangkan Tension

Petang semalam isteriku mengajak mencari siput Lala di pantai. Kebetulan pula petang itu air surut. Pukul 6 petang kami dah sampai di pantai maklumlah jarak rumahku dengan pantai hanya 1 kilometer saja. Hujan baru surut dan masih lagi renyai-renyai. Mulanya malas juga sebab baru pulang kerja. Bila isteri pujuk rasa lemah pula. " Jomlah bang kita rihat minda sambil korek siput ". Memang dulu semasa aku bersama arwah kerap memancing, menjala dan mencari siput. Itu aku ceritakan kepada isteriku. Kini isteriku mengajak pula aku mencari. Pandai dia nak suruh aku aktif balik la tu. Akhirnya aku mengalah juga. Suasana dipantai tidak ada orang sebab jam dah pukul 6.30 petang dan langit diatas masih lagi hitam tanda hujan nak turun lagi. Aku pun terus mencangkul selut dan dapatlah siput. Semakin lama semakin seronok pula sebab lama dah berhenti. Seronok bukan main isteriku bila melihat aku mencangkul dan dapat pula siput. Dia berjaya membuat aku meneruskan kehidupan seperti dulu. Pandainya dia.....

Pemandangan tempat aku dan isteri mencari siput berlatar belakangkan Jambatan Pulau Pinang. Langit begitu mendung ketika ini.

Aku terus bersemangat mencangkul dan mengorek siput. Semakin lama semakin banyak pula siput yang diperolehi. Setelah melihat jam ditangan dah pukul 7 petang. Siput pun dapat dalam 2 kilo aku mengajak isteriku pulang sebab maghrib akan tiba. Mataku asyik melihat beberapa susuk tubuh di hutan paya bakau, diatas jambatan. Rasa tak sedap pula sebab time-time begini iblis dan syaitan berkeliaran. Ketika pulang ada juga family yang datang dan membawa anak kecil. Aku beritahu agar pulang saja sebab waktu begini banyak perkara yang tak diingini mungkin berlaku. Mereka berjalan terus dan anak kecil mereka berlari dipantai. Aku hanya mampu memerhati sesusuk tubuh memerhati dengan penuh tekun melihat anak kecil itu berlari. Aku membiarkan saja mereka sebab tidak mengindahkan teguran lebih-lebih lagi dan nak masuk waktu maghrib.

Diatas jeti inilah aku melihat seorang wanita sedang memerhatikan kami. Namun wajahnya tidak dapat aku rakam didalam kamera digital ini. Siapa yang di Pulau Pinang mungkin tahu dimana tempat ini. Nak bagitau tempat takut fitnah dan ketakutan

Sempat juga aku berposing bersama isteri yang begitu tabah menghidupkan semangatku.

2 comments:

scr said...

salam...sapa tgkap gmbq pakjang n makjang....cantik...haha....camni nk ajak kwn2 p cari siput kat kl gak arrr...kahkahkah....nk ilangkan tension gak.... (*_*)....

bearcat said...

ni bukan jeti nak pi Pulau Jerjak ka? kami pun ada gambaq kat situ.

kinah, pompuan atas jeti tu yang tulong paknjang ambik gambaq. eee syeramnye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...