Teman-teman

Saturday, October 24, 2009

Aduhai Pengguna Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang. Nama yang begitu gah bukan saja di Malaysia malahan luar dari Malaysia. Selalunya masalah yang aku hadapi ialah selain spesis yang tak dapat dilihat ialah angin kencang sehingga pernah suatu ketika aku terpaksa menidurkan motosikal kerana angin terlalu kencang. Kalau dipandu juga alamat akan terjatuh atau ditolak ketengah lalu akan dilanggar oleh kereta. Itu masalah pertama yang aku hadapi. Masalah kedua ialah bukan aku saja tetapi seluruh pengguna Jambatan Pulau Pinang. Paku yang sengaja ditabur diatas jalan agar motosikal yang lalu akan tercucuk paku dan hasilnya pasti lumayan. Pernah aku terkena paku jam 9 malam. Datang seorang pemuda cina menghampiriku. Katanya kalau nak tukar tiup kena bayar RM 25. Kalau waktu siangnya kena bayar RM15. Kalau dah setuju baru tiub dipasang. Akhirnya aku mengambil keputusan tidak mahu dan aku membawanya perlahan-lahan. Pemuda itu mengekoriku sambil marah-marah sebab aku tak layan. Mengapa aku tak layan. Sebabnya dalam dompet aku hanya ada RM15 sahaja.

Akhirnya setelah aku tak sabar akibat pemuda itu mengekoriku. Aku membuka dompet dan menunjukkan wang RM15 kepadanya. Kataku, " Tauke kita ada wang banyak ini saja. Kalau jadi boleh pasang sekarang ". Akibat terkejut dia terus kata jadi. Baru-baru ini masalah ini masih lagi terjadi. Berpuluh buah motosikal telah mengalami tayar pancit. Aku melalui terus dengan rasa lega sebab aku tidak kena. Akhirnya setelah melepasi jambatan motosikal aku dah melelong dan akhirnya terpaksa juga kehilangan RM10. Kalau diatas jambatan sudah tentu RM15. " Nak buat macam mana, dah terpaksa ". Kata pengguna. Kalau menggunakan kereta rasanya teruk juga dengan minyak dan tol. Dengan motosikal senang sebab kalau nak singgah satu tempat amat mudah. Inilah keluhan pengguna Jambatan Pulau Pinang.

5 comments:

edan coba said...

Salam abg.. lama x singgah sini n today tertarik ngn entry nih!!
Well abg edan rasa ni pon ada kena mngena ngn Pihak Jambatan gak!! Berpuluh kamera kan di Jambatan tu tp 1 pon x dapt nk detact sape penabur paku tuhh! Atleast diorang akn sangsi ngn apek tu mungkn sahaja dia kerap dah membantu org pancit dengan pantas tiba disitu!!
So mcm ada KOMPROMI laah!!!

STUJU?!!!
:)

zai said...

Itulah hobi masa lapang suami zai sekarang perbaiki tayar motornya yang pancit selang 2,3 hari selepas dan sebelum nak g kerja...

dah letih, dah jenuh tengok...kesian kat dia boleh kata dalam sebulan banyak kali dok kena tukar tayar len..dah cadang tukar tayar tubeless..entah bila dia nak tukar pun tak tau..

geram, mmg geram sangat2 pasal isu nie..sbb dahla kena bayar tol tapi tak ada orang plus yg amik tau tntg keselamatan pengguna..

Insan Marhaen said...

bukan ke pihak jambatan ada sediakan kemudhan repair tayar pancit?

Aku pun pernah kena. 2 orang india datang nak tolong. dia kata apa tau;

" saya ni tuhan hantar sini untuk tolong orang di sini. "

bearcat said...

Jambatan Pulau Pinang kan ada sediakan khidmat menukar tayar yang pancit buat pengguna motorsikal.

Memang perasan, tiap kali time dapat gaji, lagi banyak motorsikal yang pancit. Kesian. Membahayakan nyawa penunggang-penunggang juga.

hj atan said...

Sedikit maklumat yg boleh kita kongsi bersama..

Ini no.plus line 1300130003..bila tayar puncit call dia orang.plusline akan datang bantu bawa motor puncit kekedai yg terdekat(bawa motor naik trak plusline)..nak mengelak dari terkena charge yg mahal.
Tapi tak passti berapa cepat dia orang boleh bantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...