Malam semalam dunia sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi yang terjadi di Padang Sumatera Indonesia. kematian dianggarkan ribuan manusia. Gempa dan tsunami juga berlaku di Samoa Amerika. Tatkala akumenonton Buletin TV3 terasa sayu bila melihat akan nasib kanak-kanak yang menangis mencari ibu dan ayah mereka yang hilang. Bagaimana kalau ia terjadi di Malaysia dan ia tidak mustahil kalau Allah berkehendakkannya. Bagi kita apakah kita hanya mampu melihat dan berkata sedihnya. Ada pula yang akan berkata padan muka. Itulah nak ganyang Malaysia sangat. Puaskah hati kita bila melihat sekali lagi saudara seagama kita di landa musibah dan ujian. Tidakkah kita terasa yang kita wajib membantu saudara kita. Buat apa kita perbesarkan isu tarian yang tidak berfaedah ini. Sebagai seorang yang mengaku beragama islam ambillah peluang ini untuk kita membantu sedaya mampu.
Sekurang-kurangnya bila berada dihadapan Allah kita tidak tergagap-gagap memberi alasan yang tak mungkin mampu kita lakukan pada hari yang dijanjikan. Cuba bayangkan Malaysia yang dikatakan bebas dari bencana ini di uji Allah. Apa yang kita harapkan ialah pertolongan saudara seagama kita. Mari kita membantu mereka. barilah saluran yang benar-benar boleh dipercayai. Setiap RM yang kita keluarkan akan menenangkan jiwa kita.
2 comments:
memang berkewajipan kita sebagai umat islam membantu sesama umat. Tapi berbaloikah melepaskan anjing yang tersepit? lepas dilepaskan kita dibalun. susah mengubat hati yang terluka.
Saya percaya, si pencaci, penghina, pengeji orang2 Malaysia itu sekurang-kurangnya akan menutup mulut buat seketika. Bantuan dari Malaysia amat-amat diharapkan kerana kitalah jiran terdekat mereka.
Post a Comment