Pada 14 Okt lepas aku mengajak isteriku ke jamuan TNB. Malu kata dia sebab tidak kenal sesiapa. Setelah puas aku pujuk dengan menggunakan bahasa halus akhirnya dia mengalah. Aku katakan padanya yang dia kini adalah sebahagian dari TNB. Tersenyum simpul tatkala melalui penyambut tetamu. Kawan-kawan yang mengenaliku asyik berpandangan ingin melihat isteri baruku manakala isteri mereka hanya menjeling saja. Biarkan mereka. Aku tidak mengganggu sesiapa.
Kelihatan begitu ramai pekerja TNB dan penduduk sekitar yang mendapat undangan. Kanak-kanak sungguh seronok memilih berbagai jenis makanan. Satu yang aku puji anak-anak ialah akhlak yang dididik dibangku sekolah digunakan disini. Barisan penuh dengan mereka menanti dengan sabar akan giliran. Aku sampai dan menyuruh isteriku duduk manakala aku beratur dibelakang kanak-kanak.
Terdengar suara rakan-rakan berkata," Tak payah beraturlah Ariff. Terus saja ambil. Depa tak marah ". Memang aku boleh berbuat demikian tetapi ini menunjukkan bahawa akhlak kini begitu rendah berbanding kanak-kanak yang begitu sabar beratur. Dalam 20 minit aku beratur aku begitu hampir dengan tempat makanan. Tiba-tiba datang seorang wanita bertudung memesan 2 pinggan satay. Merungut kanak-kanak didepan. " Makcik kami beratur lama dah tapi pasai apa kakak tu tak beratur terus boleh ambil ". Merungut seorang kanak-kanak. Wanita itu hanya tersenyum saja. Aku terus bersuara, " Betoi kata budak-budak ni. Depa dok beratur dengan sabar. Kakak senang-senang saja mai ambik ".
Tanpa memperdulikan akan kata-kataku mungkin geram dia memesan lagi satu pinggan. " Ala kak oii tal habislah satay tu. Akhlak budak-budak ni baguih berbanding kita yang tua ". Mendengar akan kata-kata pedas aku dia terus meninggalkan makanan tadi. Aku melihat dia bercakap sesuatu kepada suaminya dan selepas itu asyik memandang aku. Terasa glamour la pula. Aku cerita dekat isteriku dan didengari oleh seorang wanita india. " Ya la bang itu orang yang banyak pakai tudung tarak ikut law. Mau senang saja. Budak sekolah amat bagus ".
Betul kata wanita india itu. Kadang-kadang kita lupa yang kita ini sebagai seorang yang mengaku islam merupakan pendakwah. Setiap tindak tanduk kita akan dinilai orang lebih-lebih lagi mereka yang non muslim. Kalau beginilah sikap kita macam mana kita nak terangkan akan kecantikan islam kepada mereka sedangkan perbuatan kita tidak mencerminkan agama kita. Hairan sungguh bab makanan pun kadang-kadang manusia boleh hilang pertimbangan
No comments:
Post a Comment