Teman-teman

Thursday, October 22, 2009

Berhati-hati bila memberi pinjam

Baru-baru aku menemani isteriku mengikut rombongan pengantin anak saudaranya ke Pendang. Pendang bukanlah begitu jauh bagiku, namun jalan yang berliku-liku memasuki kampung yang membuat aku letih. Apabila sampai saja di rumah pengantin yang dikelilingi pokok kelapa sawit kami telah di sambut oleh tuan rumah dengan iringan suara DJ. Isteriku tersenyum bila melihat aku asyik melihat keletah DJ. " Mana boleh lupa gang ". Kataku.

Ketika menjamu selera aku hampir tersembur nasi bila DJ menyanyi karaoke lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian Jamal Abdillah. Tetamu yang lain turut tertawa bila mendengar suara DJ. Kata seorang tetamu, " Kalau dia masuk AF sebelum habih dia menyanyi aku dah undi keluaq. Sogha macam tu pun ada hati nak nyanyi ". Tapi aku tabik dekat DJ ni sebab dia membuat hadirin tertawa dengan gelagat kelucuannya. Aku sendiri pun tak mampu melakukan begitu. Memanglah suaranya hampir membuat orang lain pecah perut akibat gelihati mendengar. Mungkin itu ada trade mark dia. Aku pun dah mendapat tempahan DJ bulan Disember ini. Lama aku berhenti.

Setelah selesai kami berangkat pulang. Sampai saja dirumah kakak iparku, terlihat seorang pemuda berpakaian segak sedang duduk dihadapan rumah. Tanpa mengesyaki apa-apa mereka terus berhenti kereta. Terlihat penuh kasut berada dihadapan pintu rumah. Tuan rumah akibat kelam kabut nak ke Pendang terlupa kunci rumah. Rumah yang hanya beberapa biji saja yang ada membuat sering berlaku kecurian. Melihat kasut berada didepan terus kami memegang pemuda itu. Katanya dia hanya nak ambil pemetik api yang berada disitu. Bila ditanya kenapa kasut berada didepan tangga sedangkan sebelumnya berada didalam.

Katanya, " Oleh sebab saya tak boleh nak jawab yang itu jadi saya nak belah ". Terus dia berlari meninggalkan motosikal EX5. Laju sungguh dia berlari. Tak terkejar kami semua. Lagi pun dia dah mahir dengan selok belok laluan semak samun disitu. Setelah menghubungi pihak polis maka datanglah mereka dengan Land Rover. Selepas soal siasat dijalankan mereka mengambil motosikal itu ke balai polis. Selang beberapa hari polis menghubungi abang ipar mengatakan bahawa tuan punya motor datang menuntut. Katanya kawannya pinjam dengan alasan hendak membeli nasi tetapi kerja lain yang dilakukan.

Agak malang pemuda itu sebab motor itu telah menjadi motor kes. Bukan senang untuk dipulangkan kembali. Terdapat banyak prosedur yang perlu diambil. Nasihat polis kepada kepada abang ipar meminta memesan kepada anak-anak mereka agar jangan senang-senang memberi pinjam motosikal atau kereta kepada kawan-kawan sebab kalau tersilap beri, padah untuk mendapatkannya kembali terlalu sukar.

2 comments:

zai said...

Salam En Diman..

hmm..kesian kat kawan tu...ni baru spt kata pepatah...lembu punya susu sapi dapat nama..bahaya juga kalau dapat kawan yg makan kawan ni kan..ambil kesempatan kebaikan oranglain utk kita buat jahat..

Nauzubillah..minta dijauhkan dari kawan2 macam tu.

Guru said...

assalammualaikum

jahat betul manusia tu ya...
meminjam, menipu, mencuri... 3M lah dianya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...