Teman-teman

Wednesday, October 07, 2009

Cerita Pasal Durian

Cerita pasal durian ni, teringat la masa waktu remaja. Bukan main seronoknya menjaga dusun durian milik sepupu. Orangnya baik dan tidak kedekut. Setiap hari pasti kami merasa durian. Sebakul durian dihantar kepada kami. Buahnya special pula tu. Macam tulah kalau kita nak beri kepada orang. Pastikan buah yang kita suka. Tapi gambar sebelah ni aku tak pernah nampak lagi pokok durian yang sebegini rupa. Mungkin sebelah Thailand. Kalau la aku ada kebun macam ni sudah tentu anak cucu puas makan. Tapi kalau di Malaysia nampak gayanya tak balik rumah la jawabnya. Nampak tuan punya kebun tak ada maka lesap la buah durian. Kadang-kadang bila fikir kalau ada harta pun susah juga. Hati tak senang. Sebab tu la orang dulu-dulu menggunakan ilmu hitam atau berkawan dengan jin dan sebagainya untuk menjaga kebun mereka.


6 comments:

pB said...

sedap nyerrr

a kl citizen said...

assalammualaikum

tu pokok durian ke?
berbuah kat bawah ya?

maiyah said...

nampak kecik je buah tu, mesti best isinya :)

zai said...

Salam En Diman..

MasyaAllah..lebatnya buah..kat mana ni, terasa nak makan skrg juga..nasib bukan mengandung dan mengidam..kena plak bukan musim durian..mau dpt anak nnti air liur asyik meleleh aje..

Lagi satu nak tanya..sekarng musim kepah ka ? Dah lama tak pi cari kepah kat pantai ni. dulu2 masa dok kat bayan lepas kerap p ke laut sebelah tanjung asam sana..berlambak2 dpt..

ARIFF BUDIMAN said...

PB..Ialah tu. Tengok pun dah teringin

a kl citizen..Jenis ni baru pertama kali tengok cikgu

maiyah.. Depa kata isi dia best. Entah le. Teringin juga nak rasa

zai..Nasib baik juga tak teringin. Kalau tidak jenuh juga saya. Kepah bukan musim dia tapi kalau pandai cari insyaallah ada. Kalau musim dia kita korek pun dah rasa. Yang ni jenuh juga sakit pinggang nak dapat.

Nadine Zuharra said...

pelik tapi benarr.. kalau macam ni untung tuan punya pokok.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...