Teman-teman

Saturday, October 10, 2009

Berita Misi Kasih Padang

Alhamdulillah aku baru balik dari mendengar penerangan tentang Misi Kasih Padang yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Bakhtiar. Turut hadir bersama beliau ialah Dr Roslan. Walaupun mereka keletihan tetapi jiwa mereka tidak begitu. Tuan Hj Bakhtiar memulakan penerangan dengan mengatakan bahawa ramai ulama dilahirkan di Padang. Salah seorang yang terkenal ialah professor Dr Hamka. Padang merupakan serambi mekah kedua selepas Acheh. Terdapat ramai orang islam disana. Tragedi gempa yang melanda pada 30 September 2009 jam 5.16 petang telah menjadikan masyarakat Padang dalam keadaan trauma. Jumlah kematian melebihi 1000 orang manakala yang masih tertimbus dalam linkungan 3000 orang. Kata Hj Bakhtiar semasa berlakunya gempa, banggunan 3 tingkat dimana 1 tingkat telah terbenam didalam bumi

Satu daerah iaitu Kacamatan telah tenggelam terus. Yang tinggal hanyalah mereka yang pergi bekerja. Cuba bayangkan ketika pulang didapati kampung serta keluarga mereka lenyap ditelan bumi. nasib baik ia berlaku waktu siang. Kalaulah berlaku malam tentu kesemuanya lenyap. Satu kawasan pula telah diistiharkan sebagai tanah perkuburan disebabkan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka bekerja sama dengan relawan dari ACT iaitu A-Aksi, C-Cepat dan T-Tanggap(Care)

Relawan ACT seramai 7000 orang. Kebanyakan relawan hanya memakai selipar berbanding dari tempat lain yang berpakaian lengkap dengan keselamatan. Ketua mereka yang paling tua berumur 45 tahun. Mereka bekerja dengan ikhlas meninggalkan anak isteri memandu kijang dari kota Jakarta ke Padang selama 28 jam. Setiap relawan ditugaskan mencari 5 orang kemudian ditinggalkan mereka dengan tugasan mereka. pentarbiahan mereka adalah ditempat kejadian.

Di Acheh banyak masjid yang terselamat manakala di Padang banyak masjid yang rosak teruk. Penduduk masih lagi takut untuk tinggal didalam rumah mereka akibat masih lagi trauma. Wang yang dibawa hanya dapat diagihkan kepada 75 buah keluarga sahaja. Setiap keluarga mendapat sebanyak 100,000 rupiah iaitu dalam lingkungan RM35. Sebanyak RM1500 diperlukan untuk membina penempatan untuk sebuah keluarga. Bagi kanak-kanak pula setiap seorang telah mendapat sebatang pensil HB sudah gembira.

Keadaan disana tidaklah seteruk Acheh. ketika makan di sebuah restoran masih ada lagi karaoke sambil menyanyi lagu isabela. Diakhir penerangan Tuan Hj Bakhtiar berkata mereka memerlukan bantuan untuk membina semula penempatan. Guru-guru diperlukan untuk membimbing atau melakukan program untuk anak-anak. Wang ringgit diperlukan untuk menjana kembali ekonomi Padang. Cuba baca Ayat Al-Quran tentang kejadian. Hanya Allah jua yang mengetahui akannya, Semoga mendapat iktibar.

?Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur?an!? demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur?an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa? ayat 16):
?Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.?

17.58 (QS. Al Israa? ayat 58): ?
Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).?

8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.?
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

2 comments:

Dato' Hj Mustafa Kamal Mohd Zaini said...

Asm.

Alhamdulillah mereka dah selamat pulang ke Malaysia. Akhi, anta antara beberapa individu ikhwah yang menulis ACT (Aksi Cepat Tanggap) dengan betul.. :-). Tahniah!

Semuga segala jasabaik dan amal soleh mereka diterima Allah SWT, ameen.

Ws, Dato Mustafa Kamal

Insan Marhaen said...

walaupun aku tak terlibat lansung dengan misi ini tapi aku tumpang bangga dengan sensitiviti JIM terhadap bencana ini.

kelmarin ibu_suri menangis di depan tv bila melihatkan tayangan penderitaan rakan kita di padang.

muga allah beri rahmat disebalik semua ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...