Teman-teman

Sunday, October 04, 2009

Dakwah Non Muslim

Aku pagi-pagi lagi sudah ke pasar bersama isteri. Begitu suka melihat banyak ikan-ikan yang fresh yang menjadi kegemaranku. Ketika sibuk memilih ikan datang seorang Pak Sheikh memakai seluar jean dan t shirt. Selesai dia membayar wang kepada penjual ikan dia pun memulakan dakwahnya. Sekali-sekali dia pandang kearahku. Aku mengerti bahawa dia menjangkakan aku seorang cina sebab keadaan aku yang sebiji macam orang cina.

Aku tertarik bila dia bermula dengan mengatakan bahawa semua agama disarankan mencari rezeki. Agama Buddha juga tidak terkecuali. Dia tidak memperkecilkan agama lain dan dia tidak terus mengatakan bahawa hanya islam agama yang sebenarnya diterima Allah. Cara dia bercakap menunjukkan bahawa dia amat menghormati agama lain. Akhirnya barulah dia mengatakan bahawa dalam islam Allah menyuruh mencari rezeki yang halal. Terdiam cina penjual ikan mendengar Pak Sheikh menerangkan tentang islam. Walaupun lengan mereka bertatu namun mereka tidak sedikit pun menunjukkan kebosanan.

Akhirnya Pak Sheikh bersalaman dengan aku. Sempat dia berkata, " Islam Is The Way Of Life ". Aku kagum dengan kesungguhan Pak Sheikh ini. Tidak jemu berdakwah sambil membeli. Ada ruang saja pasti dakwah diutamakan. Pak Sheikh berlalu pergi dan mendapatkan isterinya. kemudian datang pula isteriku. Selesai membeli ikan kami berangkat pulang. Kami bertembung dengan pak Sheih tadi. Bila dia melihat aku bersama isteri dia terus mendapatkan aku. " Brother.. are you a muslim ". Tegur Pak Sheikh. " ya.. this is my wife ". Sambil aku perkenalkan isteriku kepada isteri Pak Sheik. Berpelukan mereka seolah-olahnya sudah lama berkenalan.

" Sorry brother..i thought you are non muslim ". Aku tersenyum saja. Akhirnya kami berpelukan sebelum beredar. Dalam berpelukan dia sempat berkata padaku Sampaikan walau satu ayat. Aku amat familar dengan hadis ini. Namun kadang-kadang aku sendiri tidak melakukan begitu. Pak Sheikh ini telah menjentik diriku. Terasa bahawa aku jarang melakukan amlan ini. keluargaku ya..itu kerap. Tetapi jiran, non muslim dan masyarakat.. itu jarang.

Apa yang aku boleh jawab nanti didepan Allah. Bila ada ruang aku jarang berdakwah kepada mereka yang perlu. Semoga insiden pagi hari menjadi iktibar kepada aku bahawa jangan sekali-kali kita melupakan tanggungjawab kita kepada orang lain. Aku tidak mahu menjadi orang yang syok sendiri bila bercakap bab islam dan dalam jangka waktu yang sama non muslim masih tertanya-tanya tentang kebaikan islam. Aku juga tidak mahu menjadi insan yang suka mencari kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri tidak nampak

3 comments:

bearcat said...

Ya, berdakwah ada pelbagai cara. Bukan sekadar berceramah agama. Dengan menunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang Muslim pun merupakan satu dakwah.

zai said...

Salam En Diman..

Kagum dgn cara pak sheikh tu yg istiqamah dan confident dgn matlamatnya..

Itu yg menyedihkan camne kita nak dakwahkan non muslim yer sdgkan kat negara kita sendiri org muslim saling bercakaran..mengaku islam tapi masing-masing saling bertelagah dan berbeza ideologi sdgkan kita telahpun didalam kapal yg sama..tak takut karam ke diaorang ni ? Sbb itu zai tak suka sangat dgn politik krn terlalu fanatik terhadap politik dan parti membuatkan umat islam smkin berpecah belah..

maiyah said...

salam.. yelah.. mrk pentingkan duit dan pangkat, tanggungjawab tuntutan Islam mrk ketepikan, yg mrk utamakan adalah pembangunan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...