Teman-teman

Thursday, October 08, 2009

Misi Kasih Padang

Jam 8 pagi aku sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi meraikan rakan-rakanku yang akan ke Padang Sumatera untuk misi bantuan kemanusiaan. Mereka terdiri dari Dr Roslan, Hj Bakhtiar dan Hj Taufek. Mereka mewakili NGO islam dari Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia ( JIM ). Rakan-rakan yang lain telah berada disana. kelihatan press sedang menemu bual mereka yang akan ke Padang

Sebelum berlepas kami sempat merakan gambar sebagai tanda ingatan


Inilah orang telah dipilih oleh Allah untuk bantuan ini. Walaupun pernah hebuh isu ganyang Malaysia tetapi tidak mematahkan langsung semangat ingin membantu saudara seagama. Isu itu merupakan isu yang remeh yang diperbesarkan. Di Malaysia ramai yang tidak terkesan dengan hal ini. Mungkin ada segelintir yang berkata buat apa menolong anjing yang tersepit. Itu hak mereka untuk berkata demikian. Yang pastinya saudara kita disana memerlukan bantuan kita.


Dari kiri Hj Bakhtiar, Hj Taufek dan Dr Roslan

Aku pernah juga berada dalam misi yang sama ketika musibah tsunami. Namun aku tak ke Aceh. Cuma ke Kuala Muda dan Tanjung Dawai. Kesan dari tsunami juga membuat aku begitu insaf untuk terus membantu sedaya mampu. Ramai dari masyarakat Malaysia semasa peristiwa tsunami apabila diminta memberi sumbangan pakaian terpakai mereka memberi pakaian yang mereka sendiri tidak mahu memakainya lagi. Maka penuhlah dengan pakaian yang koyak, lusuh dan ada juga mereka menganggapkan bahawa inilah masanya mereka membuang pakaian yang tidak terpakai lagi.

Membawa bersama wang sebanyak 50 juta rupiah


Berkata seorang pegawai masjid kepadaku, " Sedihnya en. bila mengenangkan rakyat Malaysia yang memikirkan kesenangan mereka tanpa berfikir akan perasaan orang lain ". Ini disebabkan banyaknya pakaian dalam yang diberi kepada mangsa tsunami. Pakaian yang tidak berguna lagi. Ruang masjid penuh dengan pakaian yang akhirnya dilungguk diluar menanti lori sampah memungutnya sebab dalam katogari tidak boleh digunakan lagi. ia hanya layak dibuat kain buruk saja.



5 comments:

bearcat said...

Segelintir saja yang betul-betul bencikan Malaysia. segelintir lagi memang mengharapkan bantuan.
Entahlah...nanti kita tunggu cerita selanjutnya daripada kawan-kawan Pak Njang yang balik dari Padang. Jangan lupa update.

insan_marhaen said...

hu... bawa gitu je ke 50 juta. kena hijack, baru tau...

maiyah said...

moga segala urusan dipermudahkan dlm keje menyelamat :)

syahbandar87 said...

mulianya kerja2 saudara ni.saya mengaguminya
:)

a kl citizen said...

assalammualaikum

semoga selamat semuanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...