Teman-teman

Friday, March 19, 2010

Berbudi Pada Tanah

Salam. Bila ada waktu terluang kosong, aku pasti tidak melepaskan peluang dengan menanam sayur-sayuran yang pernah aku buat semasa dikampong dulu. Kini dibelakang rumah isteriku banyak tanah kosong. Jadi aku pun tanam kangkung, serai dan macam-macam jenis sayuran. Akhirnya tibalah masa menuai. Bila melihat kehijauan kangkung maka terbayang akan gado-gado kesukaanku. Ia memerlukan kuah kacang, kangkung, tauge dan taukua. Akhirnya terlerai impian yang selama ini aku pendam. Makan malam dengan sayur saja. Kata isteriku malam ini kita vegetarian.

Warna Nostalgia begitu tekun mengutip kangkung

Antara banyak-banyak yang aku tanam serailah yang paling menjadi. Bila dah besar maka siapa yang lalu pasti akan mengambil sedikit. Orang melayu tak pernah ambil sebab mereka tahu itu bukan hak mereka. Yang paling tak tahan ialah perangai seorang wanita cina. Sudahlah tak minta, dicabutnya dengan pokok-pokok sekali. Rasa-rasa aku dia jual dipasar. Ia diceritakan sendiri oleh isteriku. Pada suatu hari sedang aku relaks datang wanita cina lalu mencabut pokok serai seolah-olahnya serai itu tumbuh sendiri. Bengang juga aku dengan wanita cina tu. Dia langsung tak pandang kiri kanan. Memang sahlah dia kata serai tu tumbuh sendiri.

Perlahan-lahan aku mendekati wanita itu. " Nyonya bikin apa ". " Ini serai banyak tumbuh. Wa angkat mau pigi jual ". Selamba dia jawab. Aku pula yang merinau mata bila mendengarnya. " Nyonya, ini serai saya tanam. Lu tak boleh jual. Lu kena tanya saya dulu. Sekarang wa jual sama lu. harga ini serai RM3 ". Sengaja aku letak harga. Terpinga-pinga dia bila mendengar yang aku nak jual serai dekat dia. Datang sebuah motorsikal dalam keadaan kelam kabut dan berhenti didepanku. " Sorry tauke, wa punya emak ada tekanan sedikit, jadi dia tak tau apa dia bikin. Dia angkat ini serai ka tauke ". Terkejut dia melihat begitu banyak serai yang telah dicabut oleh maknya.

" Ini macam tauke. Wa bayar harga serai. Semua berapa ". Terdiam aku bila mendengar cerita anaknya. Aku mengambil pisau lalu aku cantas serai itu agar nampak elok dan terus aku serah kepada pemuda cina itu. " Lu punya mak tak ada salah. Ini serai saya kasi sama lu punya mak. Kasi hati dia senang. Tak apa wa boleh tanam balik janji lu punya mak sihat. Kalau itu serai banyak, lu sedekah jiran sebelah ". Sambil mengucap terima kasih dia membawa emaknya pulang. Begitu lembut dia bercakap dengan emaknya. Tidak sama seperti cina lain yang aku temui. Mungkin akan ditengkingnya emaknya.

Hari ini hari emaknya. Hari aku dan isteri bagaimana pula. Semoga Allah terus memelihara akhlak kami dan anak-anak agar suatu hari tidak menyusahkan masyarakat. Teringat akan ibuku yang semakin kerap lupa. Nama anakku diberi kepada cucu yang lain. Nama isteriku dipanggil nama lain. Nama Aishah sentiasa berada dibibirnya. Inilah menantu yang merawat dia dan suaminya ketika terlantar sakit. Syukur ibuku tidak pernah lupa akan waktu solat. Bila masuk waktu solat akan kami beritahu dan terus dia solat. Tak pernah dia tanya berapa rakaat setiap solat. Aku juga berdoa agar tempat ibu adalah disyurga firdaus. Ibu yang telah membesarkan kami semua tanpa rasa jemu. Hanya doa dari anak-anak yang akan membahagiakan ibu dan ayah diakhirat.

6 comments:

Insan Marhaen said...

WM,

kisah Cina itu buat aku hampir digenangi airmata. Teringatkan ibu_suri di rumah.

Banyak kalanya aku menganggap emak Cina itu seperti juga ibu_suri yang mungkin tidak tahu apa yang dia buat itu sebenarnya tidak relevan.

ARIFF BUDIMAN BIN ZAINAL ABIDIN said...

Insan marhein..Abu ibu suri dah melalui detiknya. kita tak tahu lagi. Bersabarlah. Pasti sinar bahagia akan menjelma insyaallah

maiyah said...

wah.. byk tanam bleh le nk beli kat en ariff

bearcat said...

Wah! Banyak.
Paknjang, nak skit serai dengan kangkung...nak tanam kat rumah gak.
Pandan yang paklang bagi dah membiak. Bunga kantan yang kawan bagi pun dah tumbuh elok.

Kesian kat cina tu.
Tapi betui ka tu?
Ntah2 alasan hehehe.

ARIFF BUDIMAN BIN ZAINAL ABIDIN said...

maiyah..nak beli boleh. Hantar kira percuma

ARIFF BUDIMAN BIN ZAINAL ABIDIN said...

bearcat..G. lain kali boleh cari bunga kantan nak buat laksa. Serai banyak. Kalau dirumah g tanam benda ni alamat tak nampak rumah la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...