Teman-teman

Thursday, March 11, 2010

Selesai Fasa Pertama

Aku dan isteri bergegas ke Jabatan Imigresen. Kelihatan begitu ramai orang yang akan keluar negara belajar, makan angin dan mungkin ada perancangan yang lain. Setelah menyerah segala dokumen tentang permohonan kami diarahkan untuk duduk sementara menunggu paspot di proses. Tiba-tiba pegawai imigresen memanggil nama aku. Beliau memanggilku untuk memastikan adakah benar aku dilahirkan di Singapura. Setelah salinan surat beranak ditunjukkan beliau terus membuat kerjanya. " Oh..jadi en ni dilahirkan di Singapore la ". Aku hanya diamkan saja sebab bukan aku sorang saja yang lahir di Singapura.

Aku cerita kepadanya pada pertama kali aku buat paspot, pegawai imigresen mengatakan yang aku ini pelarian sehingga menimbulkan kekecuhan. Katanya nasib baik aku dah buat paspot. Jadi senang yang ini sebab dokumen dah lengkap. Kalau tidak tentu payah seperti kali pertama katanya. Setelah selesai menunggu selama satu jam akhirnya paspot kami siap. Begitu gembira kami sebab fasa pertama dah selesai.

Kami bergerak terus ke bazar Chowrasta untuk mencari pakaian untuk ketanah suci. Akhirnya di pasaraya Maydin juga yang ada. Isteriku membeli jubah serta telekung, manakala aku mencari topi dan jubah namun tiada saiz. Awal lagi insyaallah kalau ada cuti aku akan mencarinya lagi. Setelah berpenat lelah kami menjamu selera cucur udang di bazar Chowrasta.
" Abang ni tak boleh tengok cucur udang pasti makan ". Itulah nak buat macam mana sebab ia adalah kegemaranku sejak zaman remajaku lagi.

3 comments:

Insan Marhaen said...

Kita mempunyai pantang yang sama, rupanya. Pantang nampak cucur udang.

ARIFF BUDIMAN BIN ZAINAL ABIDIN said...

Insan Marhaen.. Dah la makan. Bungkus bawa balik pula. Memang dasar pantang

Sri Mersing said...

nak tau kisah cucur kodok yang jadi kegemaran si IM tu? Kunjungi blog SM ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...