Teman-teman

Wednesday, March 31, 2010

Hang Yang rabun

Aku berlegar-legar dijalan mencari makanan untuk dimakan. Aku berhenti sebab lampu isyarat menunjukkan merah. Begitu juga kenderaan yang lain. Tiba-tiba terdengar bunyi hon yang kuat dan panjang. Aku pandang dari sisi cermin. Seorang pakcik bersama isteri berada dibelakangku. Dibunyinya lagi hon motosikal sambil bertempik meminta kenderaan lain berjalan. " Jalan la. Lampu dah hijau dok tunggu apa lagi ". Semua orang memerhati akan gelagat pakcik itu. Dalam hati aku mengesyaki yang pakcik ni rabun. Dihonnya lagi sambil merungut. Akhirnya aku berkata yang lampu isyarat itu warna merah. Tak percaya dia. " Haih.. warna hijau tu. Hang yang rabun ". Tersengih pengguna lain bila dia berkata yang aku ni rabun. Akhirnya seorang pemuda cina menyampuk,
" Pakcik..lu yang labun. Itu trafik warna merah. Jangan bawa motor la. Kasi susah sama orang ". Akhirnya lampu bertukar hijau. Semua kenderaan bergerak dan pakcik itu terpinga-pinga. Akhirnya kenderaan lain pula yang membunyikan hon kepadanya. Kesian juga kalau menghadapi masalah macam ini ya. Kata Pakar kalau tak nak mata ada masalah, kita kena banyak melihat warna kehijauan daun dan makan buah carrot. Betul ka ni....Kesian juga dekat aku no. Pagi-pagi dah kena rabun. Tak apalah wak saber...

2 comments:

Insan Marhaen said...

betul tu. saber ajelah wak... nak buat camner. esok-esok, kita pula yang rabun...

mutiara bd said...

Kalau rabun tak nampak warna traffic light itu rabun warna.

Orang muda pun ada yang macam tu.

Biasanya orang rabun warna, tak lepas ujian ambik lesen memandu.(kan?)

Mungkin pakcik tu pernah kemalangan apa-apa yang mencederakan struktur dalam mata dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...