Teman-teman

Sunday, April 25, 2010

Aku Akan Makan Anak Dalam Perut !!!!!!!

Aku baru pulang membantu isteri di pasar malam. Ketika sedang menikmati mee goreng, handset berdering. " Pakcik..boleh tolong sat. Seorang wanita jatuh pengsan ketika nak ambil anak. Tak ada siapa ni ". Panggilan dari anak saudara sebelah arwah isteriku. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku beritahu isteriku akan panggilan tadi. Setelah sampai aku begitu terkejut melihat kenapa begitu banyak makhluk berkeliaran. Ada kepala saja melayang. Seram aku ketika itu sehingga terlupa dimana rumah anak saudaraku. Akhirnya aku berpandukan rumah yang bising sebab kalau kena rasuk pastilah bising dibuatnya dengan mengilai, ketawa, menangis dan berbagai ragam.

Aku kini berada didepan rumah yang bising tadi. Ketika tanganku nak mengetuk pintu terdengar pertengkaran. " Yang hang gatai nak kahwin lagi sorang buat apa. Tak cukup satu ". Astaghfirullah hal azim tersilap rumah la. Ini bukan kena rasuk tapi suami nak pasang lagi sorang. Nasib baik tak ketuk pintu. Setelah aku menalipon anak saudara aku berada didepan rumahnya. Aku melihat wanita tadi terbeliak matanya memerhati diluar. Ada seorang lelaki yang bergelar tok bomoh sedang membuat ubat. " Encik mai ni nak buat ubat ka ". Cepat-cepat aku berkata tidak. Memang aku tak pandai pun buat ubat. Hanya tolong sedikit saja sebelum dapat yang lebih baik.

Aku melihat tok bomoh mencekik wanita tadi. Menjerit dia membuatkan penduduk flat terpinga-pinga. Setelah itu wanita itu seolah-olah sedar dan menangis. Aku bisik dekat anak saudara yang makhluk halus nak main-main. Dia punya menangis mendayu-dayu seolah sedih sangat. Tok bomoh sangka yang wanita itu pulih. Katanya, " Sudahlah jangan dok ingat lagi. istighfar banyak-banyak ". Tiba-tiba wanita itu ketawa sambil matanya melihat diluar. Terkejut tok bomoh ingatkan dah pulih. " Dekat depa hang boleh perbodoh tapi dekat aku jangan dok main-main. Aku berkawan dengan Panglima Hitam, Panglima Merah. Nanti aku hantar depa hang nanti teruk. Hang tengok apa dekat luar ". Mentang-mentang la dia ada ilmu. Orang yang mai dia kata bodoh-bodoh belaka sedang kan dia tak nampak belakang dia tiga kepala berlumuran darah sedang melayang-layang.

Aku membaca ayat-ayat dari Al-mathurat lalu aku tiup keluar. Sekejap hilang. Kini wanita itu memandang aku pula. Ditenungnya aku dengan tajam. Orang ramai hairan kenapa dia tenung aku. Aku hanya diam saja. Akhirnya tok bomoh kata yang wanita itu hanyalah ada saka saja. nanti dia akan sembuh sendiri. hairan juga aku kenapa dia berkata demikian. Sebenarnya tok bomoh itu tak mampu tapi malu untuk mengaku. Setelah mereka pergi anak saudaraku menyuruh aku pergi tengok akan wanita itu yang semakin teruk mengamuk. Datang tok imam, " hah.. Budiman ada. Hang pandai sikit jom kita pergi tengok ". Tok imam kata aku pandai ishhh takut aku.

Bila aku masuk kedalam rumahnya wanita itu terus duduk sambil menunjuk tangan kearahku dan ajak aku bersilat. Sambil membaca sesuatu dia menghembus aku. Tatkala itu aku merasa amat kecut sekali untuk berhadapan dengannya. Sambil menggigil aku membaca dengan tenang ayat Al-mathurat. Alhamdulillah aku kembali tenang. Aku dekatinya terus aku baca ayat quran dan aku hembus ketelinganya. " Yang ni aku nak marah ni. Hang nak lawan dengan aku ". Sambil menendang orang yang memegangnya. Aku baca ayat 10 dari surah Yasin lalu aku hembus ketelinga namun dia menutup telinganya. Aku baca lagi lalu aku hembus kembali. Yang lawaknya dia buat pengsan. " Ala aku tau hang saja buat pengsan. Buka lah mata tu ". Terus dia ketawa mengilai bila alu berkata demikian.

Masuk seorang wanita yang baru mengandung 2 bulan iaitu kakaknya. " Uishh..dia mengandung. Jaga aku akan makan anak dalam perut tu. lama tak makan ". Terkejut suaminya lantas menarik keluar isterinya kerumah anak saudaraku. " Siapa ada nombor talipon Ustaz Anas. Tolong panggil dia ". Aku menyuruh anak saudaraku mencari. Aku terus membaca ayat al-quran. " Hang dok baca apa. Hang tau dak aku pun ada Allah. Baca pun tak betui ". Perli wanita itu. " Aku mai dari Indonesia hang tau ". Dia terus berkata. " Hang naik apa. kapal terbang ka ". Aku pula bersuara. Ketawa dia bila aku bertanya demikian. " Hang ni bodoh la. Hang balik rumah. Isteri hang dok tunggu sorang-sorang. Pi balik peluk dia. Hang mau aku hantar orang aku p kacau dia ". Aku terus membaca ayat quran. Dia memejam matanya lalu berkata, " Aku seru kawan aku p rumah dia dan kacau bini dia ".

Anak saudaraku dapat bercakap dengan ustaz Anas. Aku meminta diri dari anak saudaraku untuk pulang sebab aku tahu memang dia telah hantar gang dia pula nak kacau rumah tangga aku. Dalam perjalanan aku menerima panggilan dari isteriku. Jam menunujukkan pukul 1 pagi.
" Abang dekat mana. Awat Nah rasa seram saja malam ini ". Aku dah agak dah. Aku terus memecut motosikalku. Tibanya dirumah makhluk itu sudah berada di depan pintu rumah. Nasib baik isteriku bersedia awal. dipasangnya CD quran untuk menghindarkan jin dan makhluk tu tak berani masuk kedalam rumah. Akhirnya semalaman kami tak dapat lena bila terdengar bermacam-macam bunyi diluar. Pintu dicakar, orang mendengus. Jam 2 15 pagi anak saudaraku menalipon mengatakan yang ustaz anas berjaya memulihkan wanita itu.

Dulu kawasan flat itu adalah tempat orang membuang segala benda-benda kotor. Setelah dijadikan perumahan maka kacaulah tempat itu. Difahamkan sebelum wanita itu terkena sampuk berlaku benda yang sama di bawah. Akibat badan wanita itu lemah maka kenalah dia. Yang aku sedih tok bomoh kata buang masa dia dok merawat benda keturunan. Maknanya benda ini tak dapat dibuang la. Aku berkata dekat isteri yang aku nak belajar tentang perubatan islam. " Janganlah bang.Ni pun setiap kali abang keluar merawat orang, kita pula jadi sasarannya ". Aku terdiam tapi dalam hati insyaallah kalau ada kesempatan, aku akan berbuat demikian. Hanya Allah yang dapat membantunya.

6 comments:

Anonymous said...

Tok Bomoh, kalau tak betul-betul pegang dengan Islam, tok sah dok harap laa... 2 X 5 saja dengan Jin, pasai dia pun dah ada agreement dengan 'pembantu-pembantu' dia...

pulasan007 said...

baguz paknjang kalau nk blajaq.tok moh pon susah nak cari yg bleh caye.at least kita bleh tlg org ikut cara yg btol.tp bkn paknjang sorang ja kena sedia.satu family kena sedia n phm.mende ni xleh wat men2.sy stuju kalo paknjang nk blajaq :)

spy said...

kalau dah kata ustaz anas boleh mengubati orng yg terkena hasutan jin elok belajar kat dia saja..tapi berhati-hati bila belajar kalau ada nampak macam ada perjanjian dgn apa2 ke elok tarik diri saja...

bearcat said...

Yang paling menakutkan kita sebenarnya dah buat perjanjian tanpa kiita sedari.

pulasan007 said...

camne tu bearcat?

bearcat said...

Pulasan, ada di antara kita sebenarnya buat perjanjian tanpa kita sedari. Itu sebabnya apa-apa pun nak dapat ilmu kena berguru dengan guru yang zahir. Yang dok mai secara ghaib ni bahaya woh...tanpa kita sedar kita terikat dengan dia. Kesian kat kita, tak pasal-pasal dapat bala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...