Aku lebih terkesan khutbah Jumaat yang lepas.Khatib menceritakan tentang kisah sahabat di perang Mut'ah iaitu Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Peperangan diantara tentera Rom seramai 200,000 orang dipimpin oleh Heraklius. Tentera islam pada masa itu seramai 3000 orang. Sebab Rasulullah memilih ketiga sahabat ini ialah kerana mereka merupakan rahib dimalam hari dan singa disiang hari berjuang melawan musuh.Melihat akan begitu ramainya tentera musuh ada sesetengah dari kalangan tentera islam sudah mula panik.
Bangun Abdullah Ibnu Rawahah lalu berkata, " Demi Allah, Ketahuilah, yang kalian cari adalah mati syahid. Kita memerangi musuh ini bukan berdasar bilangan tentara… kekuatan musuh ataupun banyaknya jumlah mereka… Kita memerangi mereka hanyalah karena mempertahankan agama ini yang dengannya Allah memuliakan kita… majulah… Pasti yang akan kita peroleh adalah salah satu dari dua kebaikan, kemenangan atau mati syahid …!!" Kaum muslimin menyahut, "Sungguh, demi Allah, benarlah yang diserukan Ibnu Rawahah."
Sebelum berangkat ke medan perang Rasulullah berdiri didepan tentera islam seraya berkata, " Kamu harus tunduk kepada Zaid bin Haritsah sebagai pemimpin. Jika ia gugur maka pimpinan akan dipegang oleh Jaafar bin Abi Talib dan jika Jaafar gugur pimpinan akan dipegang oleh Abdullah bin Rawahah dan jika Abdullah juga gugur kamu bermusyawarahlah mencari pengganti ".
Zaid bin Haritsah gugur akibat terkena tombak musuh lalu bendera dipegang oleh Jaafar bin Abi Talib.Tangan kanan Jaafar putus lalu bendera ditukar ketangan kiri. Akhirnya tangan kiri Jaafar pula putus lalu dipegang dengan kedua lengannya dan akhirnya Jaafar gugur syahid.Bendera bertukar ketangan Abdullah Ibnu Rawahah dan akhirnya Andullah juga gugur syahid. Setelah bermesyuarat mereka memilih Khalid Ibnu Walid sebagai ketua
Atas kepintaran Khalid Ibnu walid akhirnya tentera musuh dapat dikalahkan. Tanpa aku sedari airmata jatuh bercucuran mengingatkan akan perjuangan sahabat Rasulullah mempertahankan islam. Terasa rindu ingin menziarahi perkuburan mereka.
Bermacam-macam jenis jeruk
Selesai aku solat aku singgah kekedai jeruk yang terletak di pekan Sungai Ara. Ia berdekatan dengan rumahku. Tauke kedai sudah mengenali aku ketika zaman aku remaja lagi. Dari dialah aku dan rakan-rakan menjual jeruk buah dengan menggunakan van kepunyaan rakanku. walaupun aku hanya seronok-seronok membantu rakanku, banyak ilmu perniagaan kecil yang aku dapat. Kami akan membungkus jeruk dalam plastik dan menjual memasuki kampung-kampung. Memang laku time tu. Namun ayahku tidak menggalakkan aku terjerumus dalam bidang perniagaan. Katanya pelajaranku lebih penting. Akhirnya bila aku dah tak ikut kawan, dengar khabar dia pun bertukar kerjaya dengan menjual bugger.
Tauke kedai terus tunjuk keratan akhbar yang dilekat didinding. katanya akhbar dari Berita Harian telah datang mengambil gambar. Kata mereka jeruk kedai ini bagus. Itu memang aku akui sebab dari dulu sehingga sekarang dia menggunakan gula pasir. Tidak seperti kebanyakkan kedai lain yang menggunakan ibu gula. Aku mengambil gambar dan berkata akan dimasukkan dalam blog aku. Dia bungkus jeruk lalu diberikan kepadaku tanda terima kasih kerana masuk blog. Kelihatan beberapa biji bas express ditepi jalan. Penumpang turun dan bertambah sibuklah lagi kedai jeruk sini.
No comments:
Post a Comment