Teman-teman

Monday, November 15, 2010

Alhamdulillah..Akhirnya...Tercapai Juga

Setelah puas bertanya dan mencari akhirnya aku menerima panggilan talipon dari seorang rakan memberitahu bahawa rakannya ingin menjual rumah. Setelah melihat 2 buah rumah yang hendak dijualnya, aku berpuashati dengan rumah kampong yang sederhana. Aku mengambil gambar untuk ditunjukkan kepada isteri. Perlu juga aku ketahui pendapatnya tentang rumah yang aku berkenan. " Ikut abang la. Kalau abang berkenan Nah juga begitu ". Alhamdulillah. Keesokkan harinya aku membawa dia melihat sendiri rumah itu. Rumah yang terletak di Bayan Lepas. Ia berdekatan dengan pasar malam tempat isteriku berniaga.


" Masyallah bang. Cantik rumah ni. Nah cukup berkenan ". Dah isteri pun suka dan aku terus proceed dengan tuan rumah. " Budiman bagi dekat saya deposit. Saya akan beri kunci selepas hari raya haji. Yang bakinya diberi kemudian ". Tuan rumah membuat perjanjian. Secara kebetulan aku juga mengenali tuan rumah tersebut. Kami pernah sama-sama mendengar ceramah agama. Setelah mengadakan perbincangan dengan isteri, dia akan membayar deposit dan aku akan membayar bulanannya di bank. Ternyata isteriku begitu suka dengan rumah yang bakal kami duduki. Diberitahunya kepada kakak-kakaknya tentang rumah baru kami. Sudah berbelas tahun dia menyewa. Kini barulah dapat merasa sendiri betapa bersyukurnya mempunyai rumah sendiri.

Aku juga masih ingat sewaktu aku dan arwah Siti Aishah membeli rumah. Begitu gembiranya kami mendapat rumah sendiri. Walaupun sederhana ia tetap rumah kami. Melihat rumah baruku dan kegembiraan isteriku, aku terbayang pula wajah arwah isteriku. Dia tidak dapat merasai suasana ini. Tapi andaikata dia masih hidup mungkin suasana ini tidak ada. Aku tidak perlu memikir akan perkara ini lagi. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Aku mengharapkan agar Allah berkati rumah baru kami dan Allah juga memberkati kehidupan baruku bersama isteriku Rosnah. Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau permudahkanlah...

6 comments:

hj atan said...

Salam

Tahniah WN..elok sebelum masuk tengok dulu kalau ada anai2 ka..panggil pak haji taufek periksa..dah duduk nanti susah pulak nak ubah barang2 tu..sekadar beri pandangan je..

Ariff Budiman said...

Terima kasih tuan hj. betoi juga no. Kalau anai-anai dah serang kacau nanti.

Anonymous said...

Alhamdulillah...Besarnya rumah...berapa harganya...

kak ja said...

Saya pun berkenan tgok rumah tu!! nampak tenang, sederhana dan mendamaikan!!

Ariff Budiman said...

Anonymous...Pada mulanya diletakkan harga sebanyak RM150K. Setelah saya tawar akhirnya kawan saya bagi RM115K. Alhamdulillah

Ariff Budiman said...

Kak ja..Mudahan2 begitulah. Semoga Allah memberkati rumah tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...