Sambil menanti isteriku pulang dari gerai aku melayari blog rakan-rakan yang lain. Tiba-tiba teringat akan jeruk yang aku beli semasa ke Sik seperti yang telah aku ceritakan. Aku basuh dahulu jeruknya agar tidak terlalu manis. Mengecap air liur umpama orang mengandung. Aku mengambil sebiji jeruk entah buah apa aku sendiri pun tak kenal. Bila aku mamah terasa yang manisnya bukan dari gula yang sebenar. Ia ibu gula yang banyak dijual di Thailand. Aku sendiri pernah melihat gule tersebut. Kecil saja macam pil ubat tapi manisnya melebihi manis gula biasa. Jika ia digunakan untuk membuat jeruk pasti menguntungkan sebab tak perlu gula yang banyak.
Selesai sebiji aku mengambil lagi sebiji. Aku mamah dan tiba-tiba aku terasa batuk dan mula penat berlarutan. Aku keseorangan dirumah. Akibat batuk yang berlebihan akhirnya aku mula hampir pitam. Nasib baik ada air masak disebelah aku. Cepat-cepat aku minum untuk menghilangkan rasa gula yang semacam. Perlahan-lahan aku bangun dan relax diatas bangku. Terus aku minum air kosong agar menghilang kesan buah jeruk tersebut. Alhamdulillah.
So kepada pembaca-pembaca sekelian. Andaikata anda ke Sik dan melihat ramai peniaga yang menjual jeruk ditepi jalan. Tak payah beli la sebab ia menggunakan ibu gula dan bukan gula asli. Bila makan kita sendiri boleh merasai samada ibu gula atau gula asli. Rasanya pahit sedikit dan jika makan hanya sebiji jeruk pasti akan merasa batuk. Bukan nak menghalang rezeki mereka. Kalau menggunakan gula biasa seperti di Penang tidak ada masalah. Jadi berhati-hatilah. Aku sudah kena. Aku belum cerita peristiwa ini kepada isteri sebab minggu lepas dia dah warning dekat aku. Katanya buah ni kalau makan pasti batuk. Nampak memang cantik tapi bahaya.
9 comments:
bahawa ibu gula tu sebenarnya, harap pembaca jangan beli, ingatkan dah tak dijual, terima kasih bg budiman bagi info ini
salam...
thanx info nih..memang kene berjaga jaga bab makanan camnih
Memang dah lama tak makan jeruk2..
Anyway tima kasih berkongsi info.
Md Zabri...Semoga bermanfaat dan no problem
jinkamen..Memang betul. Kesihatan perlu dijaga dengan baik
Marina Monroe...Sama-sama. Tak semua jeruk macam tu. Dekat rumah saya depa guna gula pasir iaitu gula biasa. Kita makan pun tak rasa nak batuk
jeruk pala kat Penang pun banyak yg guna ibu gula. bila makan rasa macam kena asma...jadi selamat memilih yang baik.
Enck arif, boleh minta tolong bagi cadangan tak kat mana nak bel jeruk selain dari pasar chowrasta. saya sekarang berada di USM, jadi memang berhajat nak beli jeruk penang buat buah tangan . Terma kasih.
Sharizat..Dekat rumah saya ada kedai jeruk. Dia tak masuk ibu gula. Boleh hubungi saya 019 - 4567245
Post a Comment