Teman-teman

Wednesday, January 05, 2011

Jom Makan Mee Udang

Pernah aku menyuara hasratku ingin berniaga mee udang ketika lapang kepada arwah Siti Aishah. Memandang dia memang pandai masak jadi aku tidak teragak-agak mengajaknya. Aku mendapat respon positif darinya yang juga begitu semangat untuk berniaga. " Siti kalau Allah beri rezeki lebih kepada kita melalui bisnes ini, abang ingat nak beli rumah yang selesa sikit untuk kita ". Aku berkata kepada isteri. Tersenyum dia mendengar angan-anganku. " Insyaallah bang janji kita rajin. Allah tak akan bantu kita kalau kita tidak membantu diri kita sendiri ". Aku membenarkan akan kata-katanya. Selang beberapa minggu isteriku telah berubah. Dia mengalami demam panas dan batuk serta muntah-muntah darah. Akhirnya hajat kami tidak kesampaian apabila Siti Aishah telah pergi buat selama-lamanya. Terus berkubur angan-anganku ingin membuka warung mee udang. Kini hasrat aku dahulu telah dipenuhi oleh anak saudara Siti Aishah sambil dibantu oleh anakku Siti Zinnirah. Setelah pulang dari bertugas dia akan terus ke warung untuk menolong sepupunya. Rindu aku terhadap masakan Siti Aishah terubat bilamana anakku mewarisi ilmu memasak. Rasanya tak tumpah seperti emaknya.

Isteriku Rosnah turut memuji akan kesedapan mee udang yang dimasak oleh anakku. Warung dibuka bersebelahan rumah ibu mertuaku. Setelah aku berpindah kerumah baru, jarak antara rumahku dan ibu mertuaku hanyalah 1 kilometer sahaja. jadi keraplah juga aku melepak sambil melepaskan kerinduan kepada anakku. Kepada pembaca yang tinggal berdekatan silalah datang untuk merasa mee udang di kampung Sungai Tiram. Sepinggan hanyalah RM3.50 tumpang minyak tak naik harga lagi. Selamat datang semua.

4 comments:

Marina Monroe said...

Mee Udang?? Aduhhh..kalau dah dekat, pasti akak dtg..

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Tak apa lain kali kalau datang nak datang penang bagitau le. Boleh saya belanja

Khahar said...

Entahla bila saya akan melancong ke Penang....Mee udang apa rasanya....kat S'pore tak ada. Kebanyakkan menjual mee rebus dengan mee soto.

Ariff Budiman said...

khahar..mee udang sama juga dengan mee rebus. yang bezanya ialah udang. saya peminat soto. kalau ada saudara datang dari singapore sudah pasti dapt rasa soto special.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...