" Tak pa ambil saja ". Katanya
Sambil menanti anakku Hermawan tak habis-habis snap gambar. Akhirnya pesanan sudah sampai. Aku meminta anakku Hermawan untuk membaca doa. Itulah budaya kami semenjak bersama arwah Siti Aishah. Kalau tidak aku yang membaca sudah pasti anak lelakiku yang membacanya. Semenjak dari tadika lagi kami telah mendidik sebelum makan pastikan membaca doa dahulu.
Teruja melihat begitu banyak makanan di atas meja. Semuanya pembuka selera. Makan sambil bergelak ketawa memang seronok. Kami dengan kehidupan baru. Setelah selesai makan tiba masanya untuk bersurai.Aku ke kaunter bayaran untuk membayar.
" Tak payah bayar. Tauke belanja ". Kata juruwang. Betapa malunya aku bila setiap kali makan di sini sudah tentu pemilik restorang tidak mahu mengambil wang.
" Tak apa. Budiman mai la dengan keluarga. Saya belanja ". Kata pemilik restoran.
Anakku Hermawan dan Siti Zinnirah
Menanti dengan penuh kesopanan dan debaran
Jus epal
Bila pulang ke rumah aku hantar sms kepada pemilik restoran mengatakan yang aku terasa malu bila selalu makan percuma di restorannya. Aku menerima kembali sms darinya.
" Sebenarnya saya langsung tak tergamak mengambil wang dari Budiman. Mai la bila masa pun. Jangan segan-segan ". Apa yang istimewanya aku sehingga dia tidak tergamak mengambil wang walaupun aku merayu agar ambil wang dari kami. Sms yang membuatkan aku begitu terharu dengan sahabat yang banyak membantu perjuangan islam. Mintalah pertolongan dalam bentuk kewangan untuk program islam. Pasti tidak menghampakan.
Dalam solatku aku berdoa agar Allah memberkati keluarga sahabatku ini dan Allah limpahkannya rezeki yang luas. Amin.
Fresh orange
Sotong celup tepung
Siput masak lemak cili api
Ikan jenahak bakar
Jemput makan
Tomyam campur
Nasi goreng cili padi
Ketam masak cili
Bersama pemilik Restoran Sri Idaman Puan Faezah
8 comments:
terlioq tgok mknan tu sume.huhuhu
- Aazmida
ikan jenahak bakar tu memang buat saya terliur....huhu..
nama je dok penang tapi tak pernah makan kat telok tempoyak ni...
Boleh rekomen IM tak?
heh.. heh.. rekomen makan free dah!
fuhhh stong celop ..nyum3
Aazmida...Terlioq tak apa jangan tergoda sudah
siti murni...Lepas ni boleh cari tempatnya
insan marhein...Boleh sangat. Sebut nama WN kemudian bayar duit
MaYa MustWany...Peminat sotong ke
Post a Comment