Teman-teman

Friday, February 03, 2012

Sedarlah Wahai Suami

Ketika aku tiba di gerai isteriku, pekerjanya sedang menangis. Akhirnya aku mengerti juga akan sebab-sebab tangisan. Rumahnya telah di masuki air sehingga memenuhi ruang tamu. Suaminya hanya mampu melihat dan terus memacu motosikal untuk berjumpa rakan-rakan.Tinggallah si isteri keseorang bersama anak kecil membersih rumah sehingga pukul 2 pagi. Menyirap darahku mendengar luahan si isteri. Mahu saja aku berjumpa suaminya.

Jenis apa seorang suami yang membiarkan isteri keseorangan membuat kerja rumah.
Jenis apa seorang suami bila diperlukan lebih mementingkan kawan-kawannya.
Jenis apa seorang suami yang berkata, " Rumah itu aku yang punya. Tugas isteri untuk memeliharanya ".
Jenis apa seorang suami membiarkan isteri bekerja untuk membayar bil - bil
Inilah suami yang tidak mempunyai hati perut. Tunggulah kamu bila di akhirat kelak isterimu mengadu di depan Allah kerana kepincangan kamu melayari bahtera.
kepada si isteri banyaklah berdoa agar Allah melembutkan hati suami agar menjadi seorang yang bertanggung jawab. Semua peristiwa ini adalah untuk mendidik jiwaku juga agar sama-sama berperanan

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Itu bukan suami yang boleh dipanggil pembimbing, tapi suami penyu belimbing! Tahu menyorok dalm cengkerang untuk keselesaan sendiri sahaja. :(

pB said...

Bengong punya suami .....

Ariff Budiman said...

kakcik....Benar. Suami yg mementingkan diri sendiri

Ariff Budiman said...

pB...Bukan seorang pembimbing

Unknown said...

Grrrr... saya pun tumpang geram!

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Sila2 tumpang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...